Click here for Blogger tutorials, premade templates, free blog templates and custom blog designs »

Monday, September 28, 2009

:: Moist Chocolate Layer with Cheese Cake ::

:: SALAM SAMBUNG RAYA ::


lame dah bercuti...cuti raye..cuti dari blogging ni..
ini baru berkesempatan nak mengentry..
wah meriah sungguh raye tahun ni..
mase jalan2 kat umah kawan2 tadi, sume dok cite pasal sambut raye..
sane sini dok cite pasal kemeriahan sambut raye..
tak sabo nak update n3 raye aku..
sebelum tu nak enterprame kek yg aku buat semalam..
nanti dah line clear (sbb byk kijo kat opih ni)
baru leh sambung meng'entry' cite raye daku puloh...
tak sabo tak sabo..

jgn segan jgn silu...
meh la amik kek yg tak seberapa ni sorg sepotong ye..
sape cepat die dapat..
kek tu tak sempat nak di buat ganache nye...
adikku dah tak sabo2 nak makan..
tula die kek yg tak bertopping..heheh
padahal sume bahan2 aku dah ready..
takpe2..lenkali aku deco santek2 pulak..

yg penting....its sooo yummy..moist..
hubby ku makan sampai tak pandang kiri kanan..
ala2 secret recipe die kate...huhu




Chocolate Moist With Layer Cheesecake…

Bahan-bahan :
250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter
Almond nibs (optional)

Bahan untuk lapisan cheese:
250gm cream cheese
100gm coklat masakan putih
2 biji telur gred A
30gm tepung gandum/superfine



Cara-cara:
1.Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
2.Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4.Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati.



Untuk lapisan cheese.


1.Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
2.Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam loyang dan tutup dengan aluminium foil. Kukus kek selama 20 minit.
3.Lapisan kedua - masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20 minit.
4.Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.


Untuk membuat choc ganache:


Masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.


Thanks to Kak Aymy Kuwait - Nita C&P ye...



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin