Click here for Blogger tutorials, premade templates, free blog templates and custom blog designs »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Monday, June 1, 2009

.:: H.A.P.P.Y...2ND...A.N.N.I.V.E.R.S.A.R.R.Y ::.

Pada tarikh, ketika dan saat ini (1 June 2009) pada 2 tahun yang lepas..dengan sekali lafaz sahaja saya telah sah diaqadnikahkan dengan seorang putra idaman hati saya Azman Hj. Abdullah =) ..Maka saat dan ketika itu saya sudah bergelar isteri orang..Jodoh ikatan yang kuat menyatukan kami sebagai suami isteri yang bakal memulakan hidup bersama berjanji setia sehidup semati merentas segala badai dan ujian yang bakal menguji keimanan kami berdua.

Rasa begitu pantas masa yang berlalu..meninggalkan saat2 menitis nya airmata saya tatkala bertukar status diri menjadi kepunyaan orang lain..tatkala terlepas tanggungjawab mama dan abah dalam menjaga anaknya ini..sangat menyentuh naluri jiwa saya.



Terbinanya masjid impian kami..bermulalah episod kehidupan yang baru sebagai dua orang yang berbeza segalanya..saya cuba menyesuaikan diri dan memahami setiap hela nafas dan tutur geraknya..agar tidak tertinggal jauh ke belakang atau terlalu laju terbang melayang =)

Bak kata pujangga 'sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula kita manusia'.. Manusia yang naif ini sentiasa cuba memperbaiki diri..selagi boleh ingin menjadi yang terbaik buat yang tersayang..lebih2 lagi kita dijadikan dari rusuk kirinya. Agar diri sentiasa diberi kekuatan..diberi keajaiban untuk terus berbakti sebagai hambaNya..dan juga menjadi ratu di hati suami tersayang.


Bahagianya untuk dinyatakan di sini.. Sayang bersyukur menjadi isteri abang..dan pastinya Sayang lah insan yang paling beruntung di dunia ini. Moga senyum dan tenang di hati ini akan terus mewarnai hari2 Sayang..

Kehadiran dua permata hati AQEEL MIQHAEL & AQEEF MIQHAEL sememangnya menambahkan lagi seri kehidupan kami. Kebahagiaan yang tidak terucap dapat saya rasakan.Dulu kami berdua , sekarang sudah berempat.Hari2 yang ditempuh sangat bahagia sekali.


Terima kasih Ya Rabb atas anugerah terindah ini..sesungguhnya kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang! Moga kasih sayang chenta kami sentiasa diberkati olehMu Ya Allah


"Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Kita Yang ke 2 tahun Suamiku Sayang"



..Terima Kasih dari Sayang atas segalanya..dan maaf juga atas segala kekurangan yang pastinya datang dari sayang insan yang tidak sempurna. Sangat berharap agar papa bahagia melayari bahtera kehidupan ini bersama sayang dan Aqeel & Aqeef..
Moga kasih cinta dan qaseh kita mekar mewangi selamanya..insyaAllah

.:: HUBBY, AQEEL & AQEEF...SANDARAN CHENTA & QASEH HATI IBU ::.

I LOVE U ALL MY SWEETHEART !!!


7 kengkawan khatam & cepat2 komen:

Farra Dhelina said...

happy annvsry SIS..smoga kekal selamanya hingga ke akhir hayat..amin..

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

hi farra...
thanks so much...ameen...

MeL said...

happy 2nd anniversary! may Allah bless u, hubby & ur beautiful twins..beshnya ada twins ;)

Nani~~{@ said...

Happy 2nd anniversary..moga bahagia hingga ke syurga.. ameen

P/S: samala entry anny kita ^^

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

to mel :
thanks for the wishes...
mel doa byk2, nanti leh dpt twin gak...hehe

to Nani :
thanks nani...happy 3rd anniversary to u too..

nak mintak izin ni kopipes entry anny nani..tambah and edit sket..sbb best le nani nye wordings..hehe bole ye...

Nani~~{@ said...

thanks mummy miqhael=)

nani izinkan..yeke best, entry ikhlas utk my hubby..
kalau u suka..means kita sehati sejiwa la kan*_*

hugs kisses for both twin mmmuuuaaachhs pasni sure penat nak kejar diorang pulak kan =)

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

mmg nita suke..tu yang kopipes tu..ihklas nak dedicated kat hubby...thanks ye nani..

hug and kissees to hafiy yg cute miut tu....muaaahhhh

tula..dah jalan ni makin sume bende die nak explore...sume tempat nak benti, nk tgk..hehe itula twin yg sgt2 membahagiakan...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin