Kenapa plak nak tutup lampu ?? - Sebab..sudah tiba masanya untuk kita bertindak dan sedar. Tentangpengunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini. Secara tidaklangsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. Satu jam ( 60minit ) tanpa lampu , diharapkan dapat memberi impak. Tentang bagaimana kitamenilai sumber tenaga yang sedia ada.
Siapa yang startkan benda nieh weii ??- Ianya bermula sebagai sebuah kempen di Kotaraya Sydney , pada tahun 2007.Kempen ini mendapat sokongan dan amat berjaya , apabila hampir 2.2 milionrumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudianacara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi - dengan penyertaanhampir 50 million orang dan merangkumi sejumlah 35 buah negara. Acara inidiraikan , sebagai satu simbol harapan kepada satu perubahan.
Cuma tutup lampu lah ?? -Ya , hanya tutup lampu selama 1 jam ( 60 minit ) pada 28 Mac ini , bermulajam 8.30 malam . Itu sahaja tanda sokongan yang perlu lakukan. Dan dalamkegelapan ini , mungkin kita boleh berfikir betapa sumber tenaga ituseharusnya diguna dengan baik, dan bukan untuk dibazirkan.
Boleh ke saya buat benda ini ??- Sudah tentu boleh . Hanya memerlukan hujung jari ,[ Untuk menutup suislampu ] kita akan mampu mengubah nasib Bumi ini . Mari kita semuaberamai-ramai menyahut seruan 60 MINUTES-Earth Hour 2009 .Yang akanberlangsung pada 28 Mac 2009 [ Sabtu ] , bermula jam 8.30 malam. Denganhanya menutup semua lampu selama 60 minit , kita telah membawa harapan baruterhadap masa depan Bumi.
Apa matlamat untuk tahun ini ?? - Tahun ini , diharapkan sebanyak 1 billionumat manusia yang bertaburan di lebih 1000 buah kotaraya . Akanbersama-sama berganding bahu dalam projek global ini. Ini akan menjadipemangkin yang kita boleh sama-sama mengambil tindakan bersama , dalammenangani isu pemanasan suhu dunia yang berlaku sekarang ini.
Siapa lagi yang saya nak ajak ?? - SEMUA !!! - Tindakan ini menuntutkerjasama semua pihak. Dari orang perseorangan , Industri Perniagaan dankomuniti setempat. Kita boleh bersama-sama keluarga , teman rakan dan ahlikomuniti tempat kita tinggal untuk merayakan 1 jam tanpa cahaya ini. Begitujuga dengan Pihak berwajib , dan dari situ baru kita akan dapat melihatsetiap bangunan. Yang melatari kaki langit setiap ibu kota dunia , bermuladari asia , eropah , africa dan amerika akan bergelap untuk menyahut seruankempen ini.
Jadi apa saya nak buat sekarang ?? - Mari , kita war-warkan kempen inikepada semua. Bersama-sama, kita akan membuat satu perubahan yang amatbesar. Kepada alam yang menjadi tempat tinggal kita selama ini .Sehinggakini sudah hampir 538 kota di 75 negara , sudah menyertai Earth Hour 2009.Jumlah ini semakin meningkat dari hari ke hari , menunjukan bahawa semuapihak sudah mula memberi sokongan. Lihat , mudah bukan..kita cuma perlupercaya.
Dengan hanya berkerjasama diantara satu induvidu kepada induviduyang lain , kita akan melihat SATU KUASA besar yang akan membawa perubahan.Ok la , saya pasti akan join kempen ini !!! - Yeah , Earth Hour adalah satu mesej kepada semua. Harapan dan Masa depanbumi ini terletak pada tangan kita sekarang ini. Mari kita membuat sedikittindakan untuk membawa banyak perubahan.
Notes: Pada aku ape salahnye kan..sekejap je..cume satu jam..org yang bergelap sepanjang hayat tu camne..lagi seksa kan...aku akan menyokong tindakan ini...meh same2 kite switch off light pada 28mac nti..alamak mlm tu ade konsert ke 3 AF le...huhu..takpe, tgk tv sambil bergelap ye..
0 kengkawan khatam & cepat2 komen:
Post a Comment