Click here for Blogger tutorials, premade templates, free blog templates and custom blog designs »

Thursday, July 28, 2011

:: salam yang terakhir ::




masa yang dinanti-nantikan buat ai dan kelig2 semua kat opis ni sudah tiba
Sabtu 30 julai 2011, kitorang semua akan pindah ke opis baru
1 Ogos 2011 mula bekerja di opis baru

alahai berjanggut nak setahun kot tunggu projek bangunan baru ni siap

esok hari terakhir ai kat ofis lama
dua tiga hari ni sempat packing semua dokumen2 penting
fail-fail yang agak-agak tak berusik 3 ke 4 bulan tu ai obsolete kan aje
yela fail-fail kosong aje buat hape nak simpan lagi kan :P


esok jugak hari terakhir ai jadi pengepam tegar kat ofis
memula masuk kerja lepas pantang, ai mengepam di kubikel aje
lepas tu ai berpindah ke kebin belakang, dok same2 dengan bos baru ai
ikutkan aje la, bos mane bole lawan kan
kat situ tempat mengepam dah tak praibet lagi
ari-ari ai pam jugak, buat muke selambe badak
bile tengok ai dok bersila bawah meja tu, maknenye ai tengah mengepam la tu
lepas ai upgrade dari breast pump spectra 3 ke medela freestyle
ai dah tak pam kat bawah meja lagi
ai mengepam kat surau
kat surau takde power point
tula mase pakai spectra 3 ai tak bole pam kat surau


hokey-hokey panjang pulak ai cite pasal pam pim pom :)) (^_^)

:

:

:

:




Tasek new building ....skang dah kat tepi jalan , dulu nun kat hujung....
tengkiyu to my opismet (kakrina) sebab pinjamkan gambar ni


lepas ni ai tak bole la dengar komuter lalu lagi
ketapi angkot simen lalu pun dah tak bole nampak
bergegar-gegar , rase terangkat-angkat kebin kalo si ketapi tu lalu
kenangan..kenangan...


dah dapat layout opis baru
ai dok dalam bilik kat tingkat bawah..opis baru nanti ade dua tingkat..

dok sebilik dengan sape lagi kan kalo tak dengan bos ai yang very the sporting tu
siap pesan kat ai nanti jangan lupe letak potted plant kat bilik ye
kasik tengok hijau-hijau die kate
bahek bossss!!....
ai nak letak akuarium la camneh...hahahaha
mane nak datangnye 5S kalo nak letak akuarium bagai...:))


harapan masuk opis baru
opis baru , semangat baru wooo!....:))




can cin cau bandong dong!!




:: Salam Ramadhan ::

rasa tak terlalu awal kot ai buat entri ini :))



kedatangan bulan ramadhan yang paling dinanti oleh semua
bulan yang baik dari seribu bulan


padanya dibuka pintu syurga seluas-luasnya
padanya ditutup pintu neraka serapat-repatnya
padanya syaitan nirrajim diikat sekuat-kuatnya
terserah pada kita hambaNya
mengejar sebanyak peluang mendekatkan diri padaNya
memperolehi keberkatan dan keredhaanNya





Ramadhan Mubarrak

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua

its a time of personal sacrifice, discipline and a lot of love
remember though, that moderation is a key in wut-so-eva we do

Have a blessed and glorious Ramadhan


sama-sama kita merasai keindahan ramadhan

Ibu & Papa
Aqil Miqhael
Aqif Miqhael
Qaseh Hannah Qhadeeja




Wednesday, July 27, 2011

:: 12 juta ?? mak datok ... ::


ai malas sangat2 nak tau pasal2 artis yang hover-hover..buang karen, buang mase
bile dah bace rase menyampah...


lagi2 kisah mempelai dua sejoli yang nak kahwin atas tajaan ni sampai berbelas juta hengget ini.
Satu kerana si artis perempuan ni selamba merentap kasih sayang sebuah rumahtangga yang dibina hingga melahirkan tiga zuriat.


Pastu macam2 mereka spin atau putaq sampai kita yang membaca kisah2 mereka di akhbar dan majalah pun naik pening.
Tetapi seorang penulis, Saodah Ismail menulis dalam kolumnya di Agendadaily.com, rasa2nya korang baca jer lah yang yang diluahkan oleh kak Saodah ni...















Norman – Memey, nak kawin ke nak buat show?





norman-memeyBARU KISAH artis kahwin dengan tajaan ribu-ribu dan sekarang dah masuk juta-juta, bukan benda yang menghairankan. Memang itulah ceritanya setiap kali ada artis kahwin.Semuanya berlumba-lumba nak dapat penaja.Lagi besar, maknanya lebih popular dan lebih glamour. Dapat liputan besar-besaran di akhbar, majalah dan stesen TV.
Percayalah inilah yang dimahukan oleh penaja, agar produk mereka dapat liputan meluas dalam media.Ini, yang bakal berlaku dalam perkahwinan Norman Hakim, 35 dan Memey Suhaiza, 23 dua bulan dari sekarang.
Jadi, apabila pasangan yang kes tangkap khalwatnya masih “on” ini umumkan tentang tajaan mereka dalam sidang akhbar dengan penaja, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ini mainan pihak penjual barangan untuk membolehkan produk mereka dipamerkan secara meluas dalam media, apa lagi dengan pasangan yang penuh kontroversi hubungannya seperti Norman dan Memey.
Yang saya hairan dan juga kasihan adalah bakal pengantin. Nak ketawa pun ada.Bukankah ini pasangan yang dulunya beriya-iya tidak mengaku bercinta dan selepas itu bagai nak rak juga menafikan akan berkahwin. Dan oh ya, semua cerita itu terbongkar lepas mereka kena tangkap khalwat.
Saya rewind cerita ini bukan nak aibkan pasangan yang tengah mabuk cinta ini, maklumlah nak jadi pengantin. Tapi sekadar mahu menyatakan betapa jika cerita itu benar, diam aje sudahlah. Atau kata saja no komen, cukup. Tak usahlah cakap bohong dan cuba tegakkan benang yang basah.
Okaylah sekarang ngaku nak kahwin. Baguslah. Tak perlulah main drama, kalaupun mereka ini memang itu kerjanya dalam industri ini –main drama. Sebab bila terlalu banyak main drama, dalam dan luar kamera, orang tak berapa suka. Maklumlah sejarah cinta mereka, semua orang sudah tahu, ada hati yang sengsara dan kerana itu saya kasihan juga dengan berapa banyaknya orang yang mengutuk Memey sehingga kini. Bacalah dalam forum-forum hiburan, hampir semua yang memberikan komen negatif terhadap mereka.
Mungkin ini soal jodoh. Tapi masih belum terlewat untuk Norman dan Memey membersihkan nama dan betulkan mana yang silap. Jika perlu, tak payahlah besar-besarkan cerita kahwin RM12 juta. Utamakan yang wajib dan bersederhana sajalah, tak perlulah megah dan riak kerana itu bukan menjamin kebahagiaan dalam rumahtangga yang bakal dibina, pertama buat Memey dan kedua kali bagi Norman.
Lebih besar pahalanya kalau majlis diraikan dengan 12 juta anak-anak yatim yang doanya sudah tentu akan dimakbulkan Allah daripada tajaan RM12 juta yang lepas itu tak ada apa-apa (kerana semua yang ditaja kena pulangkah lepas pakai, tak gitu?).
Kerana, dalam sebuah ikatan perkahwinan, yang dicari adalah keredhaan dan keberkatan, bukan glamour. Tak gitu ke, wahai Norman – Memey?



:: wordless wednesday :: kek ape pulak neh??




ai suke dengan hari kurang dengan kate-kate skang ni
cari-carik gamba yang vekenan
tepek-tepek kat sini
buat karangan sket-sket
dah siap, post kan aje..hahaha



meh teropong ape yang hado





heksyeli ni kek mase besday ai aritu..dah sebulan yang lepas
kek ni adik bongsu ai yang buat suprise untuk ai dan my twin
unsangkerebel kek ni same dengan gamba kek yang ai tepek kat sini
haha....memang same kan...



ai rase spesel gile lilin kat kek ni
jakun betul ai dapat lilin tinggi tinggi tu
tapi adik ai cakap pesen lilin tinggi ni dah lame hahaha
ai je yang out dated ...adakah?


Monday, July 25, 2011

:: Benarkah Susu Ibu Boleh Tercemar?? ::

Ai nak share topik wanita hari ini ( WHI) 20/07/2011 yang lepas
ai tengok di tonton dot com dot my


Tajuk WHI hari ini adalah : Benarkah susu ibu boleh tercemar?

Panel jemputan: Dr. Norashikin Muhd Fuad- Pakar O&G Hospital Sungai Buloh (die yang belah perut ai mase lahirkan aqil aqif)

Pn. Kamariah bt Mohd Alwi - lactation Consultant (SusuIbu dot com)

Dynaz - celebrity dan owner Dynas Bursing Attire


Antara soalan-soalan yang dikemukakan...

Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.
Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..

Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar..
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.

Payudara adalah steril
Pn Kamariah menjelaskan bahawa payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, 'askar-askar' dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.
Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut

Adakah Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju (kata puan Kamariah lagi)..
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa..
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.
Kenyataan ini disahkan oleh Dyna kerana anaknya Khyra, tidak memilih makanan. Dia makan apa yang orang lain makan.

Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

Nak kuruskan badan.. BF saja
Pengakuan dari Dynaz.. Sebab setiap kali kawan dia tnaya macam mana dia boleh kuruskan badan dengan cepat.. jawapan dia 1 jer : menyusulah anak anda.
Dan suka sangat dengar Dynaz bercerita tentang dunia BF dia, macam mana Khayra appreciate susunya, bonding yang diceritakan sangat jujur.

Majikan perlu bagi sokongan
Sebelum menutup tirai Dr. Norashikin menyeru kepada semua majikan agar menyokong penyusuan susu ibu.. Ini kerana ia boleh meningkatkan mutu kerja pekerja kerana kurang mengambil cuti disebabkan anak jarang sakit. Selain itu beliau juga menyeru agar para majikan boleh menyediakan tempat khas dan juga 2nd hand fridge untuk pekerja yang menyusukan anak.

Selain daripada itu Dynaz juga ada bercerita tentang cara-cara untuk handle EBM.. Dia menggunakan cooler bag dan icepack yang tahan sehingga 16jam tau. Dan dia juga menyatakan sebagai seorang selebriti dia rasa amat bertanggungjawab untuk sebarkan maklumat tentang Bf. Dia juga berharap agar BF akan menjadi satu trend kepada ibu-ibu. Bila dah jadi trend, semua orang akan memilih untuk BF.


ape lagi yang panel2 cakap ye..kalo ade yang kurang lebih ke..
meh gali gali lagi lagi kat tonton dot com dot my
cer share kat ngan ai jugak..





:: Puding Cendol ::



jumpa resepi yang sangat senang untuk buat puding cendol ni
ai pun merajenkan tulang pat kerat untuk mencuba
ujung-ujung minggu ni buat spesel untuk abi
memang abi suke punye
ail aqif qaseh pun suke...


lepas masak-masak lunch semalam
buat pulak puding syendol ni :)

unsangkerebel menjadi jugak puding cendol ni
sedap pulak tu
lagi sedap makan sejuk-sejuk...






resepi ai gali-gali kat blog pemes ames chep hanieliza
memang senang nak masak dengan resepi-resepi die kan
cume ai je yang tak senang nak mencubenya... :))


cek cek cekidaut resepi ni yek..


Sumber dari Blog chef hanieliza

PUDING CENDOL CHEF HANIELIZA

Bahan-bahan:-
  • 1/2 paket agar2 [20 gm]
  • 3 gelas air (akak letak 3 1/2 mug)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair (*guna susu cair Ideal)
  • 2 cawan cendul
  • 1 cawan gula merah

Cara-Cara:-

1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih

2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.

3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.

4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau rata dn biarkan men

didih dan tapis.

5. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.

6. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.

7. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.

8. Hidangkan.







Puase tinggal seminggu lagi kan
nak ponggah balik resepi-resepi pencuci mulut ni...



Wednesday, July 20, 2011

:: wordless wednesday :: tahajjud cinta ::

** wink wink wink **




--- ( ^-^ ) ---


hari rabu kurang dengan kata-kata dah datang


jom kita bertahajjud chinta...




syiok jugak layan cite yang seminggu sekali tayang kat TV3 nih
dulu ai suke tengok Nur Kasih...
kali ni Tahajjud Cinta...best jugak....layan kan aje...




can cin cau bandung ....muahahaha




Tuesday, July 19, 2011

:: advancenye anak-anak sekarang ::



sejak kecik ai dah nampak dan perhatikan
antara aqil dan aqif
memang sangat berminat dengan gajet-gajet IT


skang macam-macam inovasi keluar kat market tu
macam-macam ada kan
tau tak apekebenda tablet pc tu?


ai pun memula tak tau ape benda tu kan
abi ai kan orang IT, so ape2 yang baru sume la die tau
okey tablet pc tu yang mcm i-Pad, galaxy tab so on so on la
hoooo kalau yang tu tau la...


waaah itu incik blackberry pun dah keluar tablet pc
PlayBook...macam tertarek menarek aje...
harge RM 900++ untuk 16GB...not bad kan..


uisshhh dah melalut panjang sampai blackberry plak..


kan abi ade LG optimus Pad
aqil aqif suke sangat optimus pad ni


sebabnya abi dah banyak download apps untuk dorang
apps untuk kidz educational paling banyak download
3D games pun besh jugak
melompat-lompat main games basikal


asal abi balik keje tanye mane Pad papa
yang paling rajen menanya Aqif
die nak main game Angry Bird..


advance kan anak-anak sekarang
ajar sekali, esok2 dah tau mane apps yang die bole main dan tengok
tenyeh sane tenyeh sini dapat die main game
aqil aqif dah kenal warna
maybe die catch up warna dari words walau die dah kenal ABC
ai pun kadang-kadang tak tau mane nak tekan...





ke mana saje bole bawak tablet pc ni
saiz nya tak besar dan nipis aje
masuk dalam handbeg pon bole

makan roti nan kedai mamak pun kene bawak
sebabnya kasik aqil aqif main game
ai & abi leh makan syiok syiok :))

tapi kalo dalam kereta, ai memang tak bagi aqil aqif main pad ni
sebabnya, bahaya la kan, nanti orang percah cermin keta
yela gajet2 ni berharga skang...




Thursday, July 14, 2011

:: Qaseh dah bole ikat rambut ::



seblom seblom ni Qaseh tak bole lekang dengan head band syomel2

skang Qaseh dah rimas kot
kalau pakaikan headband diye tak bape suke
sekejap aje melekat kat kepala
pastu Qaseh dah pandai tanggalkan sendiri


rambut Qaseh pun dah agak panjang
rasenye kalo nak ikat pon dah boleh

** teringat lagu underneath pokok klapak plak, Marsha nyanyi mase kat AF3 dulu **







berjaya jugak saya ikat rambut Qaseh
dapatla seciput belah kanan, seciput lagi belah kiri


ekceli ni semua idea antie jaja
antie jaja suke bebudak pomfuan ikat rambut dua camneh
antie jaja kot yang rajen berperang dengan Qaseh nak menjemput rambut yang seciput tu


mommy lab u very the strong tige ploh lapan kali la Qaseh....







Wednesday, July 13, 2011

:: all about 1st birthday bash my darling QASEH ::

hihihi baca title pon dah tau kan pasai ape? ngeeeee :D


mestila entri yang saye tangguhkan nak pablish
kali ni takde tangguh2 lagi...
my sis dah tanye2 dah mane kate nak buat post besday Qaseh..
ok lah ok lah ni dah buat...ai bizi taw...


kebetulan besday Qaseh hari sabtu, memang bagus la sangat
macam2 dalam kepala nak buat
nak masak, nak deco2, nak tempah kek, nak buat puding..semua la kalo bole nak buat
alhamdulillah ape yg rase nak di buat, akhirnya dapat jugak


saya tak jemput ramai, ahli keluarga aje, pakcik makcik dekat2 umah saya je yang saya ajak
itu pun dah penuh satu umah...
seronok dapat berkumpul ahli keluarga ramai2


saya suke majlis camni..walau ringkas tapi sempurna...alhamdulillah


cek cek cekidaud....


here we goes hokey....




kali ni saye buat tema princess...
kek princess, gudie bag princess, deco-deco pun princess
alaaa...ibu qaseh yang teringin...layankan aje...




princess cake yang tantek ni dibuat oleh ahkak vogeh, sape lagi kalao bukan ahkak e-car
diye sangat berbakat jadik
bakers! :)
tak lame lagi nak dapat title doktor falsafah ni....semoga ahkak teros berjaya..

berapa rega? oh p&c ye kawan-kawan. nak
tau pm/emel tukang buat cake.
kang ibu Qaseh reveal sini ade org kata show off pulak. ade je org dengki dengkos plak...ai malas taw camtu..muahahahaahaha




see the details kat setiap
inci celah kek pwincess gojez ni
orang yang rajen d
an tangan seni je bole buat kek sesyomel ini kan
rasa kek ni pon sangat la sedap
steamed butter cake...delicious & yummey !!!





eksyeli design baju gaun pwincess ni saya suruh kak e-car buat ikut design yang saya suka
wording2 sume bole customade
i loooiike beri beri much...


berminat dengan kek gojes syomelicious ni
call / sms tauke kedai diye ye

http://www.cupcake-car.blogspot.com

sms aje, cepat nanti tauke kedai kek ni reply....hahahah
a
harge bole dirunding dan kualitinya sangat berbaloi..mesti pueh hati punye
ececeh...cam ayat iklan kat tivi plak...wink wink



apam folkadot ni tengah la famos amos seantero negara kan
sume suke bile apam folkadot ni ade in the picture
nak makan pon sayang, syantek banget...




the blueberry cheese tart...
tenkiyu ye antie Nana...
harus la bukan antie Nana yang buat kan...
tempah kat kawan antie Nana aje..
wut-so-ever memang terbaek..

Menu utama adalah pulut kuning, rendang daging, lontong kuah lodeh & nasi goreng cina
tapi photog of da day lupa kot nak halakan five-five-0-D kat all the yummey foodies..
cume yang ade pulut kuning ni je....


the pulut kuning with red velvet yang tak berape nak enteprem ...:P kombinasi apekah ini?




dan ini gudie beg untuk bebudak,
sume nak ikot tema kan...ai beli murah2 ajew...P


gegula, sumi jelli seme memang peberet no 1 kanak-kanak riang...
so wajib ade dalam gudie beg pwincess tu...



we olss party b
ese-bese jeeeek.
so makanya ibu+ papa yg buat sendiri demi buah hati tersayang.

ape yg penting kerjasama kan :)




belon-belon...see tanglong pun ade...pinjam masuk gambo ye antie :)

belon-belon pon harus ikot karer tema
the very simple dimple deco for the besday..
puas hati beb, buat sendiri untuk anak!!
idea yang tak berape nak kretip sendiri...




masenye dah tiba....

we blowed the candle together...ee eh ade ke candle?
takde pon, so kite nyanyi lagu epi besday aje ramai-ramai :))

my beloved kids with the gojes pwincess cake :))




ape la yang Qaseh suke sangat tu...abang Aqil yang dah pandai buat lawak kasik Qaseh gelak guling-guling..


:

:

:

:

:


harus la tuan tanah enteprem gak
ai suke gamba ni sebab ai nampak kecik aje...hahaha perasan tak hengat yang spare tyre sume tersorok bawah meja...:)) muahahaha





okay apepun ma kaceh daun keladi for papa banje semua ni utk besday anakanda kita yang tercayang :))



taon depan kita buat ala-ala party kat padang pulak nakkk?
bole photoshoot outdoor guling2..ngeee...:))




Friday, July 8, 2011

:: Rawat Jongang Dari Bayi Lagi ::



Petikan dari Kosmo bertarikh 28/2/1010

SUMBAT sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan. Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar, Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang.

Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.




“Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras,” ujar Norlian ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Jelas beliau, bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari.

“Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.

“Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut,” jelasnya.

Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi. Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.

“Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).

NORLIAN menerangkan rawatan penstrukturan semula gigi jongang di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tiga tahap jongang

“Secara umum terdapat dua keadaan jongang iaitu gigi dan rahang mencembung ke dalam atau ke luar. Keadaan tersebut diistilahkan sebagai poor bite dan deep bite,” kata Norlian.

Tahap keadaan gigi-gigi sebelah atas dan sebelah bawah yang mempunyai hubungan yang tidak normal ini dibahagikan kepada maloklusi kelas I, II dan III.

“Maloklusi kelas I merupakan satu keadaan gigi atas berselisih dengan gigi bawah pada paras normal iaitu dua hingga empat mm tetapi gigi tidak teratur, sesak ataupun jarang. Ia tidak melibatkan rahang dan ramai yang mengalaminya,” katanya.

Mandibular retrognathism atau gigitan berlebihan (over bite) diletakkan sebagai jongang kelas II. Ini menjadikan rahang atas dan gigi berselisih dengan rahang dan gigi bawah dengan jarak yang agak besar seperti pelakon komedi Os. Jongang jenis ini bertambah teruk jika bibir bawah terperangkap di belakang gigi atas atau bibir atas seseorang itu agak pendek dan tidak dapat mengawal posisi gigi atas. Kelas III atau prognathism pula berlaku apabila gigi bawah lebih menonjol daripada gigi atas.

“Dalam kes seperti ini, pesakit selalunya mempunyai tulang rahang bawah yang besar atau tulang rahang atas yang pendek,” jelasnya.

Perbezaan saiz dan struktur rahang juga mempengaruhi pembentukan gigi serta kecembungan rahang. Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dalam menstruktur semula gigi dan rahang tetapi rawatan bergantung kepada tahap masalah dan umur pesakit.

Opsyen rawatan

Jelas Norlian, rawatan mengatasi masalah jongang lebih berkesan dan mudah jika abnormaliti rahang atau gigi dapat dikesan pada peringkat awal terutama pada fasa gigi kekal mula tumbuh kerana corak pembentukan gigi boleh dikenal pasti.

“Pendakap berfungsi merupakan satu daripada kaedah rawatan. Kaedah ini membabitkan sejenis pendakap berspring yang dipasang di antara geraham atas dan bawah,” jelas Norian.

Sambungnya, penggunaan alat tersebut membantu membetulkan kedudukan gigi atas dan bawah melalui tekanan pada tulang rahang. Kaedah lain pula ialah dengan menggunakan pendakap tetap ortodontik membabitkan satu set dawai dan pendakap yang dilekatkan pada gigi. Pendakap-pendakap tersebut secara umumnya dipanggil braces. Tempoh penggunaan pendakap adalah berbeza mengikut kes tetapi secara lazim, ia memakan masa sehingga 28 bulan. Teknik tersebut menggunakan dawai gred perubatan yang disesuaikan dan diketatkan secukupnya untuk mengubah kedudukan gigi pada kedudukan yang dikehendaki.

Cabut gigi

“Bagi sesetengah kes, beberapa batang gigi terpaksa dicabut bagi memberi ruang pendakap menarik gigi lain ke ruang kosong ini,” ungkap Norlian.

Jelas Norlian, pendakap kekal atau pendakap berfungsi perlu dipakai sepanjang masa bagi memastikan rahang terus bergerak kepada posisi yang lebih baik. Secara perlahan-lahan, alat tersebut akan mengalihkan kedudukan gigi bersama pembesaran rahang yang berlaku secara semula jadi. Kaedah terakhir ialah penggunaan retainer atau penahan gigi. Alat tersebut berfungsi menahan gigi pada tempatnya selepas rawatan pergigian. Sesetengah pakar gigi turut menasihatkan pesakit memakainya untuk satu tempoh yang tertentu bagi memastikan kedudukan gigi kekal pada kedudukan baru.


Untuk pengetahuan semua. Dr. Norlian adalah Doktor Pakar yang menjadi Konsultant semasa saya mendapat rawatan ortodontik di Klinik Pergigian Bangsar. Mama saya kalo bace entri ni mesti die suke sebab Dr. Norlian adalah boss mama jugak semasa bekerja dulu. Mama saya dah pencen 4 tahun lepas.




:: 365 hari dengan Qaseh ::



entri bulan julai ni kebanyakan entri budak syomel qaseh..
bulan julai kan bulan kelahiran qaseh :))
jangan la jemu ye dengan entri-entri si syomel saya ni..


ya hampun engko mak henon, kalo jemu gi jauh2 sane la..



jenoh jugak nak menggodek album gambar qaseh
nak cari gambar since qaseh newborn
saya buat entri ni sebab mase aqil aqif nak 2 tahun pun saya ade buat entri macam ni
kononnye nak imbas balik wajah kesayangan hamba ni dari newborn sampai la umor 12 bulan





Qaseh newborn : 2 hari umornya..bau baby saya sangat suke.. nampak tak bantal kepala qaseh yg ade itik comel kale kuning tu, itu saya bawa dari umah hahaha.. aci kan pakai sendiri punye...




Qaseh 1 bulan....dalam ext. hard drive saye tak byk gambar qaseh umor2 ni..ye la mase ni tengah berpantang, kebanyakan dalam laptop di rumah.. ini je yang ade.. ahha playgym simple dimple itu hadiah dari my BFF asma & razi untuk qaseh..tenkiyu sahabat..



Qaseh umornye 2 bulan lebih ...mase ni saye buat doa selamat & majlis cukur jambul... tengok tangan tu dah mengaut kelopak ros, diam2 die masuk mulut kelopak ros tu...nak kene babab Qaseh ni...



Qaseh dah 3 bulan...dah pandai senyum gelak-gelak bile kena agah..



Qaseh 4 bulan ...calon ustazah pilihan...hua hua...mata bulat, mulut muncung tu yang mahal...



Qaseh 5 bulan .. ramai yang kate headband qaseh ni macam bunge telor peranten... :)



Qaseh 6 bulan...dah setengah tahun..mase ni la ibu dapat "diploma" penyusuan..6 bulan penyusuan secara eksklusif.



Qaseh 7 bulan...ke mana saje Qaseh dengan headband...kat lengan pun ada...ada anak fomfuan, ini la yang paling best.



Qaseh 8 bulan..peha kepci bam bam.. oho baju ni hadiah dari kakrina...seluarnye tu yang spesel. seluar tapi ala2 skirt...syantek kan...



Qaseh 9 bulan..Selain minum susu ibu, qaseh jugak pakai cloth diapers (CD)..mase ni ade event Yellow Weekend CD kat MCDP Facebook. so gambar ni la yang dipertaruhkan..Qaseh pakai pocket CD Bamboolite...



Qaseh 10 bulan..she likes to explore new things..she loves to play with her brothers aqil aqif..dah pandai merajuk-rajuk kalo abang ambil barang2 mainan yang die suke. abang pulak memang la suke sangat menyakat. riuh rendah rumah jadiknye..



Qaseh 11 bulan...she's so cute & adorable...sape lagi nak puji kalo tak makpak die yang puji...:)) geram dengan budak ini..rase mau polok2 cium kaki die aje..


Qaseh 12 bulan??? nanti saya update mase sambut hari jadi qaseh sabtu lepas...buat kecik2 aje..berkumpul dengan famili makan-makan kek aje... :))




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin