ai malas sangat2 nak tau pasal2 artis yang hover-hover..buang karen, buang mase
bile dah bace rase menyampah...
lagi2 kisah mempelai dua sejoli yang nak kahwin atas tajaan ni sampai berbelas juta hengget ini.
Satu kerana si artis perempuan ni selamba merentap kasih sayang sebuah rumahtangga yang dibina hingga melahirkan tiga zuriat.
Pastu macam2 mereka spin atau putaq sampai kita yang membaca kisah2 mereka di akhbar dan majalah pun naik pening.
Tetapi seorang penulis, Saodah Ismail menulis dalam kolumnya di Agendadaily.com, rasa2nya korang baca jer lah yang yang diluahkan oleh kak Saodah ni...
bile dah bace rase menyampah...
lagi2 kisah mempelai dua sejoli yang nak kahwin atas tajaan ni sampai berbelas juta hengget ini.
Satu kerana si artis perempuan ni selamba merentap kasih sayang sebuah rumahtangga yang dibina hingga melahirkan tiga zuriat.
Pastu macam2 mereka spin atau putaq sampai kita yang membaca kisah2 mereka di akhbar dan majalah pun naik pening.
Tetapi seorang penulis, Saodah Ismail menulis dalam kolumnya di Agendadaily.com, rasa2nya korang baca jer lah yang yang diluahkan oleh kak Saodah ni...
Norman – Memey, nak kawin ke nak buat show?
BARU KISAH artis kahwin dengan tajaan ribu-ribu dan sekarang dah masuk juta-juta, bukan benda yang menghairankan. Memang itulah ceritanya setiap kali ada artis kahwin.Semuanya berlumba-lumba nak dapat penaja.Lagi besar, maknanya lebih popular dan lebih glamour. Dapat liputan besar-besaran di akhbar, majalah dan stesen TV.
Percayalah inilah yang dimahukan oleh penaja, agar produk mereka dapat liputan meluas dalam media.Ini, yang bakal berlaku dalam perkahwinan Norman Hakim, 35 dan Memey Suhaiza, 23 dua bulan dari sekarang.
Jadi, apabila pasangan yang kes tangkap khalwatnya masih “on” ini umumkan tentang tajaan mereka dalam sidang akhbar dengan penaja, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ini mainan pihak penjual barangan untuk membolehkan produk mereka dipamerkan secara meluas dalam media, apa lagi dengan pasangan yang penuh kontroversi hubungannya seperti Norman dan Memey.
Yang saya hairan dan juga kasihan adalah bakal pengantin. Nak ketawa pun ada.Bukankah ini pasangan yang dulunya beriya-iya tidak mengaku bercinta dan selepas itu bagai nak rak juga menafikan akan berkahwin. Dan oh ya, semua cerita itu terbongkar lepas mereka kena tangkap khalwat.
Saya rewind cerita ini bukan nak aibkan pasangan yang tengah mabuk cinta ini, maklumlah nak jadi pengantin. Tapi sekadar mahu menyatakan betapa jika cerita itu benar, diam aje sudahlah. Atau kata saja no komen, cukup. Tak usahlah cakap bohong dan cuba tegakkan benang yang basah.
Okaylah sekarang ngaku nak kahwin. Baguslah. Tak perlulah main drama, kalaupun mereka ini memang itu kerjanya dalam industri ini –main drama. Sebab bila terlalu banyak main drama, dalam dan luar kamera, orang tak berapa suka. Maklumlah sejarah cinta mereka, semua orang sudah tahu, ada hati yang sengsara dan kerana itu saya kasihan juga dengan berapa banyaknya orang yang mengutuk Memey sehingga kini. Bacalah dalam forum-forum hiburan, hampir semua yang memberikan komen negatif terhadap mereka.
Mungkin ini soal jodoh. Tapi masih belum terlewat untuk Norman dan Memey membersihkan nama dan betulkan mana yang silap. Jika perlu, tak payahlah besar-besarkan cerita kahwin RM12 juta. Utamakan yang wajib dan bersederhana sajalah, tak perlulah megah dan riak kerana itu bukan menjamin kebahagiaan dalam rumahtangga yang bakal dibina, pertama buat Memey dan kedua kali bagi Norman.
Lebih besar pahalanya kalau majlis diraikan dengan 12 juta anak-anak yatim yang doanya sudah tentu akan dimakbulkan Allah daripada tajaan RM12 juta yang lepas itu tak ada apa-apa (kerana semua yang ditaja kena pulangkah lepas pakai, tak gitu?).
Kerana, dalam sebuah ikatan perkahwinan, yang dicari adalah keredhaan dan keberkatan, bukan glamour. Tak gitu ke, wahai Norman – Memey?
0 kengkawan khatam & cepat2 komen:
Post a Comment