Click here for Blogger tutorials, premade templates, free blog templates and custom blog designs »

Thursday, June 30, 2011

:: cinta-cinta saya ::




bukan kisah cinta saya :))


cinta-cinta saya adalah anak-anak saya
anugerah yang paling berharga buat saya


setelah membelek gambar-gambar
saya terjumpa gambar ini
gambar yang saya rase tertarek sangat...tertarek menarik da bomm...:))
tertarek dengan suasana dalam gambar itu





inilah gambar yang sangat saye suka tu
anak-anak saya bermain dengan pakcik dan makciknya
anak-anak saya yang 3 beradik itu lah
aidil haikal (baju merah no. seploh) - anak ucu saya so mmg dah bole panggil uncle
aliyya batrisyia (baju pink) - anak pakteh saya, panggilan untuk die cik eisya
tecik-tecik dah jadi pakcik makcik...
syommelisyes kan..."))


bile anak-anak saya dah besar nanti bole tengok balik
yang dorang pernah main same-same dengan pakcik makcik yang lebih kurang sebaya je umornye
memori indah mase dorang kecik-kecik


qaseh mase ni tak bole berjalan lagi
uncle haikal kene dukong
qaseh ingat tau mase awak tecik ni uncle haiqal suke main dengan awak..
kalo dah dua tiga hari tak jumpe, haikal suruh mamanya amik qaseh


cube perhatikan aksi main belon budak-budak tecik ni
gaya cak-cak aqil batrisyia...
bole buat saya tersenyum sendiri..
indah dan seronok dunia anak-anak kecil..
bermain & mengeksplor dunia dorang dengan sepuas-puasnya...
mau jadik kecik semula bole?? hahah




qaseh suke dengan tongkat onyang.. miss u my cupcake...


berduwa lebih baik..

gaya tak bole blah bujang-bujang saya....
bersandar molek aqil ye...
nampak je elok duduk same-same, dekat-dekat
lepas tu, siapla, ade aje nak di gaduhkan..


Buat anak-anak ibu,
aqil aqif qaseh
nanti bile dah besar
bace belog ibu ni
mesti kamu jugak akan tersenyum macam ibu...


sayang aqil aqif qaseh hingga syurga..





Wednesday, June 29, 2011

:: Cabaran Penyusuan Susu Ibu ::

Artikel ditulis untuk Majalah Mingguan Wanita kolum Permata Hati Jan 2011 (sebelum diedit oleh journalist)


Selamat membaca!


Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia dan Malaysia ialah : Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sehingga usianya 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan pada usianya 6 bulan.

Polisi ini jelas menyatakan HANYA susu ibu SAHAJA makanan bayi untuk 6 bulan pertamanya dan penyusuan masih diteruskan sehinggga anak berusia 2 tahun. Nyata susu ibu sahaja tanpa air suam mahupun susu tambahan mampu memenuhi khasiat yang diperlukan sepanjang tumbesaran bayi.

Bila dinyatakan susu ibu adalah makanan terbaik, ianya memberikan ruang yang longgar untuk ibu bapa untuk memilih susu mamalia lain. Namun apabila ditekankan bahawa hanya susu ibu satu satunya makanan yang sesuai untuk bayi mereka, ramai ibu bapa mula memahami kepentingan susu ibu.

Kolustrum adalah susu ibu awal

Susu ibu terhasil dalam bentuk KOLUSTRUM pada minggu pertama kelahiran. Kolustrum ialah susu awal yang likat dan berwarna jernih malah terhasil dalam kuantiti yang sedikit. Ramai ibu bapa beranggapan bahawa susu mereka tidak cukup untuk bayi namun hakikatnya perut bayi yang kecil (hanya sebesar ibu jari) pada 3 hari pertama tidak memungkinkan mereka minum dengan banyak seperti yang ibubapa jangkakan. Cukuplah kolustrum yang mengandungi antibodi untuk melindungi anak kita daripada jangkitan penyakit. Kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam. Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).

Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran.

Antara tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu ialah ‘menyusukan bayi seawal dan sekerap mungkin pada tempoh awal kelahiran’. Mengikut case study, lebih awal ibu dapat menyusukan bayi selepas melahirkan, semakin panjang tempoh penyusuan tersebut dapat direalisasikan.

Hospital Rakan Bayi juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Hospital Rakan Bayi mempunyai anggota perubatan yang terlatih dan memahami kepentingan susu ibu dimana tiada susu formula mahupun botol tiruan dibenarkan dibawa di hospital.

Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Ia hanya hadir pada hari hari awal kelahiran sahaja, berikan peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.
Sebaik sahaja ibu pulang dari hospital, cabaran lain bermula. Sokongan insan sekeliling seperti ibu bapa dan keluarga mertua amat diperlukan pada waktu ketika ini. Bayi yang baru lahir biasanya kerap menangis walau hakikatnya menangis ialah satu satunya cara mereka berkomunikasi. Malangnya kebanyakan tangisan bayi ditafsirkan sebagai lapar dan keadaan ini menyebabkan bayi diberikan susu formula atau makanan tambahan lain (seperti bijirin) bagi membuatkan mereka tidur lena.

Bayi mungkin menangis kerana lapar, takut, sunyi, lampin basah, sakit mahupun mahu mendengar suara ibunya. Susukan bayi sekerap mungkin dan elakkan pemberian minuman atau makanan asing kerana usus bayi yang masih belum matang meningkatkan risiko infeksi dan penyakit sekiranya terdedah awal dengan bendasing. Bayi yang tidur lena dan lama bukan petanda yang baik kerana ia meningkatkan risiko SIDS (Sudden infant death syndrome ) dan boleh menyebabkan bengkak susu terhadap ibu. Susukannya selang 1 ke 2 jam bagi menenangkannya sekaligus melancarkan pengaliran susu ibu yang masih belum stabil.

Cadangan kaunselor : Beri sekurang kurangnya masa 9 bulan bagi bayi menerima keadaan sekelilingnya berikutan 9 bulan beliau berada didalam perut dalam keadaan yang sunyi mungkin menyebabkannya takut dan kerap menangis.


Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya

Bagi ibu yang akan kembali berkerja selepas 2 bulan usia bayi, mereka boleh mula memerah susu pada usia bayi 2 minggu. Susu boleh diperah menggunakan tangan (dengan teknik tertentu) atau menggunakan pam susu bergred hospital. Pam yang baik menyokong ibu untuk meneruskan penyusuan kerana sedutannya yang tidak menyakitkan. Ibu boleh memerah susu semasa anak tidur atau mengepam sebelah payudara semasa menyusukan anak.
Susu yang diperah boleh dilabelkan dengan tarikh dan disimpan 3 oz satu bekas didalam peti sejuk. Susu ibu tahan selama 3 bulan didalam peti ais 2 pintu. Cadangan kaunselor : Ibu mendapatkan sekurang kurangnya 20 botol 3 oz = 60 oz sebelum kembali berkerja.
7 hari sebelum masuk berkerja, ibu boleh mula menghantar bayi ke -rumah pengasuh bagi melatih bayi minum susu ibu perahan (SIP) sewaktu ibu pergi berkerja. Ibu boleh memulakan dengan 3 jam (pada hari pertama) dan jumlah jamnya ditingkatkan hari demi hari.

Untuk hari pertama berkerja, ibu boleh meninggalkan 5 bekas 3 oz = 15 oz susu ibu untuk anak mereka kepada pengasuh. Susu ibu ini perlu direndam didalam bekas air suam sebelum diberi kepada bayi. Bayi yang minum susu ibu akan minum dalam kuantiti yang sedikit namun kerap.

Sepanjang berkerja di ofis (katakan 10 jam), ibu perlu mengepam 3 jam sekali 20 minit sebelah payudara sepanjang di ofis. Pengepaman di ofis ini penting untuk membekalkan susu kepada bayi sekaligus memberitahu badan ibu untuk terus menghasilkan susu. Ini kerana jika tiada (atau kurang) signal yang dihantar kepada badan, badan akan berdikit dikit menghasilkan kurang susu. Signal terhadap badan boleh dihasilkan dalam 2 bentuk iaitu bayi menyusu secara terus dengan ibu dan yang kedua ialah ibu mengepam selang 3 jam.

Jarak yang terlalu jauh antara tempoh pengepaman juga boleh menyebabkan susu ibu berkurangan (seperti mengepam hanya sekali sepanjang 10 jam). Makanan tambahan mahupun suntikan hormon boleh membantu penyusuan susu selagi badan menerima 2 signal yang dinyatakan seperti diatas.

Perbincangan bersama majikan adalah diperlukan bagi menjayakan penyusuan susu ibu kerana ibu perlu keluar mengepam selang 3 jam dan keadaan ini mungkin mengambil waktu berkerja. Kebanyakan majikan semakin menyedari kepentingan penyusuan susu ibu terhadap keluarga amat menyokong penuh tindakan ibu dimana mereka berbesar hati menyediakan bilik penyusuan khas untuk ibu mengepam susu.

Mengikut beberapa kajian yang dijalankan oleh jabatan human resource, ibu yang menyusukan anak lebih jarang mengambil cuti kerana anak sakit berbanding ibu yang menyusukan anak dengan susu formula. Ianya satu kelebihan untuk majikan dan syarikat itu sendiri berikutan produktiviti yang meningkat dengan penyusuan susu ibu.

Penyusuan susu ibu diketahui umum memberikan antibodi yang ada didalam badan ibu kepada bayi. Keadaan ini adalah berfaedah kepada bayi kerana sudah memiliki antibodi tanpa perlu sakit terlebih dahulu.

Ramai ibu susah hati dengan 2 tahun kerana risaukan mereka tidak menghasilkan susu yang mencukupi sepanjang tempoh itu. Sokongan suami, keluarga, pengasuh bayi dan rakan sekeliling amat diperlukan dalam menjayakan usaha ini. Bayi yang minum susu ibu tidak minum susu sebanyak bayi yang minum susu formula. Ini berikutan kuantiti 3 oz yang diminumnya untuk sekali minum adalah mencukupi untuk fungsi normal badannya. Susu ibu yang dihasilkan ibu berubah komposisinya mengikut cuaca dan usia bayi. Kebaikan susu ibu ialah ianya bersesuaian dan berkadaran langsung dengan keperluan bayi pada ketika itu.

Seperti yang dinyatakan diatas, bayi yang baru lahir dengan perut yang kecil hanya memerlukan kolustrum susu ibu yang sedikit. Malah susu ibu akan semakin banyak jika bayi semakin kerap dan banyak menyusu.
Penyusuan melalui botol (sewaktu ibu keluar berkerja) tidak dapat dijadikan kayu ukur dalam menentukan berapa banyak bayi perlu minum kerana biasanya bayi akan minum lebih banyak dari yang diperlukan. Ini berikutan ketidakbolehan mereka mengawal aliran susu daripada botol dan tindakan menggerakkan rahang melekakan mereka (lalu menyebabkan mereka menghabiskan susu dengan banyak).

Cadangan kaunselor kepada pengasuh, elakkan memberikan bayi susu pada setiap kali mereka berbunyi sebaliknya cuba tukar lampinnya, pujuk/tepuk perlahan lahan atau ajar bayi menghisap jarinya.

Pada permulaannya, penyusuan susu ibu akan sedikit rumit apabila ianya masih asing dikalangan wanita berkerjaya namun selepas beberapa bulan, ibu dan keluarga akan mula terbiasa dan merasakan kepraktikalitiannya. Ibu bapa yang sedang menantikan kehadiran cahayamata dicadangkan menghadiri Kelas Penyusuan Susu Ibu yang sering dianjurkan oleh kaunselor dan konsultan laktasi di Malaysia.

Tuntutan kerja rumah & menyusukan anak sering bertembung dan ibu akan lebih cepat berasa letih dan memberhentikan penyusuan susu ibu.

Kerana itu perhatian dan sokongan suami amat diperlukan demi meneruskan penyusuan selama mungkin. Seperti yang dinyatakan didalam Al-Quran mengenai kewajipan menyusukan anak sehingga 2 tahun, kerjasama semua pihak amat dituntut.

Bagi ibu yang tidak dapat menyusukan anak (mungkin atas faktor kesihatan), mereka digalakkan mencari ibu susuan untuk menyusukan bayi mereka. Ini kerana hanya susu manusia yang bersesuaian dengan perkembangan tubuh badan dan otak bayi manusia yang mana susu mamalia lain hanya memenuhi kriteria perkembangan anak mamalia tersebut.

Mengikut Akademi Pakar Kanak Kanak Amerika, bayi yang disusukan dengan susu ibu akan mencapai pertumbuhan yang lebih cepat berbanding jika disusukan dengan susu formula. Ini kerana pertumbuhan bayi dirangsang pada setiap kali proses penyusuan berlangsung. Tahukah anda bahawa bayi menggunakan 44 otot semasa menyusu dengan ibunya berbanding 4 otot ketika menyusu dari botol? Ini menyebabkan bayi yang menyusu susu ibu lebih cepat bercakap, berpusing, meniarap, merangkak seterusnya bertatih dan berjalan. Malah jarak pandangan mata yang tercapai oleh bayi baru lahir ialah antara payudara dengan mata ibu ketika menyusu. Interaksi dan sentuhan berterusan semasa ibu dan bayi sedang menyusu menggalakkan pertumbuhan fizikal dan emosi bayi yang baik.

Penyusuan susu ibu menjadikan anda benar benar ibu bila mana hanya anda yang boleh menyusukan anak anda (semasa ibu dirumah) dan bayi disusukan dengan susu ibu biarpun ibu keluar berkerja.








:: wordless wednesday :: Aqil Aqif dan dunianya...



:
:
:
:
:
:



kalo dah wordless, kite nengok2 kepsyen aje ye....






name aje dah ade katil tapi non hado nak tido sini..berkepit lagi dengan makpaknye..
kat sini jadi playground dorang...ibu la yg penat kemas pegi balik...


wordless?? satu kepsyen cukup lorr... :))









Tuesday, June 28, 2011

:: 4 hari lagi ::


Bagi org lain, 4 hari lagi mungkin tiada apa-apa yang menarik.

Tapi bagi anak bongsu saya, tarikh itu amat besar maknanya. Hari itu hari paling istimewa, hari lahirnya die ke dunia. Hari pertama bergelar Khalifah Allah.

4 hari lagi, hari Qaseh dilahirkan ke dunia.

Hari ibunya berjuang dalam OT, kecut-kecut perut kene belah perut. Mane taknye, Qaseh tanak dok diam, sampai songsang kat dalam perut ibu.

Lagi 4 hari juga merupakan hari PERTAMA saya menyusukan anak saya..Walau dah bergelar ibu pada 2 bujang saya, itulah detik paling manis saya dapat menyusukan. Dan saya takkan lupa waktu itu..


4 hari lagi, kamu dah 12 bulan


Petang semalam, saya dah tempah kek Princess Barbie untuk Qaseh.

Papanya tanye saya, nak beli ape birthday Qaseh nanti?

Ibu Qaseh tolong jawab untuk Qaseh “ nak I-Pad 2 bole?” - boolat mata papa Qaseh…

Saya pulak yang lebih-lebih kan

Setahun jagung baru anak dara saya ni, tapi sangat teruja dengan gejet-gejet yang papanya ada…

Pak Optimus pad tu Qaseh pandai dah tenyeh-tenyeh , berebut-rebut dengan Aqil Aqif.. tu sebab saya mintak I-Pad 2 untuk Qaseh… -alasan lagi... :))



Qaseh ade bonding yang kuat dengan saya.
Sebab Qaseh menyusu dengan saya hingga sekarang.
InsyaAllah, hingga 2 tahun dan lebih...




Thursday, June 23, 2011

:: budak saghawak nak datang umah atok ::

:
:
:
:
:
:



ujung minggu ni mesti riuh rendah la umah mak abah saya
sebabnya abang sulong saye yang menetap di sarawak nak balik
mesti semua abang-abang saya akan berkumpul kat umah mak
biasanya kalau abang sulong saya balik, dia dah awal2 bitau abang2 yang lain
so, dorang mesti datang anak beranak


bayangkan ade 8 orang cucu syorga atok & nenek berkumpul nanti
semuanya cinonet aje lagi, paling kecik pun umor 5 bulan
semuanya tengah nak naik orang kate
atok la yang paling suke melayan cucu 8 orang ni nanti


abang sulong saya ni balik ade dua sebab
dia nak makan durian puas-puas sebelom puase
sarawak takde durian ka??
lagi satu kak ipar saya sudah rindu nak shopping kat KLCC & pavilion..
adoyaaii..kamu berdua banyak duhet takpe...hahhah




qesteena zaarra...rindunya auntie kat kamu...


ini anak abang saya, syomel kan
umurnya dah setahun setengah
rupa banyak ikut mama die...orang sarawak..
muka jawa takde langsung la...hahah




qesteena with her papa...my eldest bro!!


abang saya setiap kali balik pesan kat mak saya masak sedap2 & pedas2
nak pulun makan sampai terduduk tak boleh nak bangun...hahah
mak saya mesti ikutkan kehendak abang saya tu..
yelah kesian tekak jawa kene tukar tekak sarawak..:))
kadang2 mak saya tapaukan sambal ikan bilis pedas2 bawak balik kuching
kakak ipar saya kata, abang saya makan sikit2 sambal ikan bilis tu, die takut habis...:))


esok qes & family naik belon kul 3 petang
moga qes selamat sampai umah atok esok ye... keep a safe journey..
jangan lupa bawak terubok masen & pucuk midin.....




Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

:: Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak ::



Mengatasi masalah kuat marah pada anak. Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..


Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.


Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk kita semua berusaha mengatasi masalah ini:


1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.


2. Sebaik sahaja kita pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama kita kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah kita minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.


3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.


4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, kita boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, kita boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.


5. Sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan kita mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap kali berinteraksi dengan anak. Boleh juga kita berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan kita kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang kita mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa/mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Kita juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.


Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga kita lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb.


Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.



Sumber : Fowarded Email










Monday, June 20, 2011

:: Baked Macaroni ::

sekarang rata-rata belog masakan semuanya menayang macaron
tergoda jugak saya dengan macaron itew
semua nye nampak yummey



bukan nak cerita pasal cik macaron
tapi saya teringin buat baked macaroni
kalo saya buat macaron ape rupe agaknye
sebab ade yg otai2 memasak pon
macaronnye ade yg takde kaki la, terlebih kaki la
lagi pulak kalau saya yang buat
ade pulak yang keluar tangan macaron tu nanti..:))





siap sedia nak masuk oven


macaroni tu saya dah siap2 gorengkan
buat macam biase sediakan spageti / macaroni goreng
saya gunakan sos tradisional cendawan kimball
takde nak prego-prego, mahal aje lebih, rase same aje
lagi sedap doploh kali kot, yang penting gaya masaknye
kalo hati ikhlas sedap la die kan....:))


white gravy saya tak buat, gantikan dengan mayonis
nak hidup, kenelah kretip & inobatip kan...
selang-seli kan aje dengan makaroni mase melapis tu


letakkan cheddar keping-keping aje kat bahagian atas
itu je yang ada dalam esbok saya





bile dah keluar oven inilah rupenye
aqil aqif dan papanye sangat suke
"macam kat pizza lah ibu masak"
lagila mengembang rasenya satu badan dek pujian aqil aqif hehehe





setelah anak beranak selesai mengerjakan makaroni bakar
dekat-dekat licin tau



inilah dia pengkritik terhebat ibu....





Friday, June 17, 2011

:: Qaseh Saye dah ade 4 batang gigi ::






betul atau tak, orang tua-tua selalu cakap
kalo tumbuh gigi dulu, lambatlah nak berjalannya
tapi saya tak percaya pun kata-kata itu


pertumbuhan kanak-kanak bawah umor setahun biasenye berperingkat2
dari angkat kepala, meniarap, mengesot sampaila berjalan
semuanya ikut langkah demi langkah
kadang-kadang awal sket, kadang tu terlambat


Qaseh dah ade empat batang gigi
dua kat atas, dua kat bawah
baru je tumbuh dalam mase dua tinggu minggu ini


alhamdulillah, ketiga-tiga buah hati saya ni
kalo tumbuh gigi, langsung tak meragam
ade yang saye dengar budak nak tumbuh gigi kuat meragamnya
tak kurang jugak ade yang sampai demam...kesian jugak kan




4 batang sudah gigi saya


perkara yang paling saya takut bile qaseh dah ada gigi adalah waktu menyusukan die
saya takut kalo die geget nenen
adusssshhh....dapat rasakan sakitnya


tapi...qaseh gud girl...
qaseh tak penah sekali pon geget nenen
huhu selamat jugak kan
kalo tak mesti terjadinye kejadian "sore nipple"
tenkiu qaseh..qaseh tau kalo die geget nanti ibunye nenen saket...:))




molot syommel , bau molot pon maseh sedap lagi....



kalau dapat dek jaja qaseh ni
memang habesla
memang meraung la budak ni die gomol gomol
cium sane , cium sini
geletek sane, geletek sini
mane tak Qaseh meraung dan melalak





suke beno la awak dapat sumi tu ye
saya umpan qaseh dengan sumi ni kasik die senyap taim makan
kene umpan sebab kalo tak, nak makan pon bole tercekik dek mengkelibut nye si qaseh

no sumi sumi eh qaseh...
acah-acah pegang bole la ye...




selamat berhujung minggu semua...



Thursday, June 16, 2011

:: senyum, senyum dan senyum ke telinga ::







-------@@-------


last week kan besday saye...
sudah meningkat setahun lagi umur saya..
alhamdulillah dan syukur
maseh saya berpeluang menjadi khalifahNya
maseh saya berpeluang melihat anak-anak syommel saye membesar
maseh saya berpeluang melayari hidup berkeluarga bersama suami tercinta
maseh saye berpeluang berada bersama keluarga yang sangat saya sayang....



--------@@--------


selalunya kalau sambut besday mesti nak beli kek
tapi tahun ni, saya awal2 cakap dgn abi saya taknak kek
saye nak amik cuti, saye nak masak-masak sendiri...hahah
jadi, abi memamg pon tak beli kek..

cadangnya nak masak pulut semangat @ pulut kuning
jadiknye nasi himpit aje...alah sedap jugakkan..
saya padankan dengan rendang ayam pencen
sangat mabelesh dan mengenyangkan pewot..
kalah doploh kali bandingkan dengan kek...
tapi ..teringin red velvet...muahahaha..gelak jahhat hokey...



mintak mahap sangat
keyammiyan nasi himpit dengan rendang mengatasi segalanya
tak sempat saya nak amik gamba nasi himpit & rendang
dah sedap sangat masuk dalam perot ape pon jadik lupe
mammam lagi syedapp....


---------@@---------

walaupun tak dapat kek dan hadiah dari abi mase besday tu
saya takde la nak berape kesah sangat..

sebab awal-awal saye dah dapat hadiah dari abi
jom senyum sampai telinga..
saya tak mintak, abi yang bagi...
kalo orang memberi, kite ni menerima aje
baik lagi orang yang memberi itu...

apelah yang buat saya senyum sampai telinga
dan terus terusan senyum..
meh tengok sampai tersenyum same gak....





Unifi


berokben yang saya gune selama ni ala2 nak fengsan
sakit hati , sakit jiwa dengan berokben itew
alang2 nak bertenet 24/7, unlimited dan lajunye macam jet hahaha
jadiknye, abi register Unifi...
lame jugak nak tunggu kontrektor nak pasang mendealah tu
tunggu punye tunggu 22.5.2011 , setelah seperti dijanji..
siap sume pasang unifi...
senangla sang isteri nak carik resepi lepas ni...alasan...
sape2 nak free wifi..bole ngendeng2 tepi pagar umah saya.... :)




LG Optimus Pad



chop chop...ini bukan iPad ye tapi LG Optimus Pad...
abi memang die hard fan LG...jadiknye ape-ape pon mesti LG
dah keje pon dengan LG...ape die kesah??


walaupun bukan iPad, bile dah pegang2, tenyeh2 sane sini
jatuh chenta jugak akhirnye..
ehehehehe GELAK MENGADA
mase ni bukan gelak sampai telinga, tapi sampai belakang kepala kot


punye la kemarok karok, kul 3 pagi kot saya bangun menghadap Optimus Pad
anak-anak syommel dah tido, abi pon dah ngorok
saya pulak dok sibuk download apps yang saya suke
tap sana, tap sini, tap situ...
educational apps paling banyak saye download..
it will be very useful to aqil aqif & qaseh


smile...smile...smile..
To my lovely Husband
thank you so much for the lovely birthday present,
for all amazing things you have done to me and for making my life so wonderful.
Happy tak terkata.







Wednesday, June 8, 2011

Monday, June 6, 2011

:: sambal gesek ::









waktu-waktu cuti sekolah ni nak berjalan pon malas
sane-sini jalan jem
buat habis minyak kete aku je..
mane-mane pun tempat mesti penuh sesak
sardin pon bole pecah wooo....



2 hari cuti, 2 hari jugak duduk rumah
tak pegi jenjalan pun..
kemas rumah, masak-masak...
basuh baju bajan, pastu melipat pulak dua bakul...hahah



kalo nak ikutkan hati berjalan aku ni
banyak keja umah aku tak siap nanti
takpe la aku korbankan mase dua hari cuti ni
siapkan semuanya...pueh hati aku...



dah duduk umah gamaknye bole berehat lebih sket
golek-golek ngan aqil aqif qaseh...
nonton-nonton sinetron...hahaha



taim masak-masak paling suke
kalo tak masak, bile la lagi aku nak masak..
wiken je la aku bole masakkan untuk abi & anak-anak


jom tengok chep @ home berkuntau kat dapo


aku mentry sambal gesek
amik respi dari Nogori.FM




Bahan - Bahan I udang di bakar, asam limau, cili api burung


orang nogori ni kalau masak tak pakai cili api siam
tak podeh dio kato
memang betul, kalo aku pegi pasar2 kat umah pakcik aku kat senawang
cili api siam memang tak jumpo lah
yang ado cili api burung ye...




Lesung I cili api burung yang siap aku gesek kan dalam lesung...


lepas siap bakar udang, buangkan kulit udang
udang di potong kecik-kecik
cili api tu gesekkan la dalam lesung
jangan lumat-lumat sangat, pecah pecah aje
gaulkan udang, cili siap gesek, asam limau dan garam...




Sambal Gesek I sangat sedap makan dengan nasi panas-panas


abi tambah nasi banyak kali, sedap sangat die kate
aku ingat die tak suke sebab pedas berasap neh
aku lebihkan cili api...
mungkin kene dengan selera abi...


selain sambal gesek, ade lauk tambahan
kari kambing, jelatah & ikan kacang goreng
buat pelengkap makan...
burrrppp...kenyang!!!




Kari Kambing I tambahkan dalca, buat cair-cair...



Jelatah I dah ade kari , mesti nak ade pelakon tambahan ni...



Ikan Kacang Goreng I tuan tanah kedaung punye febret.....



can cin cau... jom sambung keghoje weii....





Friday, June 3, 2011

:: jom...beskal & upin ipin ::

semalam aku la antara orang paling last kuar ofis
keje memang sangat banyak sebab ISO IQA baru je selesai
so aku kene bertungkus lumus buat all the audit summary
compile semua the audit finding..
lepas tu pulak, ade staff baru masuk kat dept aku
aku la yang kene ajar segala kerja-kerja yang patut die buat..

mase aku buat keja dah banyak diguna utk ajar staff baru tu

takpela, nanti die takde keja nak buat pulak
walaupun banyak gak keja tak selesai lagi

jam lagi 2 minit nak kul 7...
harus aku cargas kemas barang dan cabut balik umah...



abi dah awal2 sampai dari aku...

6.30 camtu die dah sampai umah...
biasenye abi kalau sampai umah awal, die mesti habiskan mase dgn anak-anak

bawak aqil aqif ronda2 naik moto kat dalam taman tu
tak pun layan anak-anak naik beskal
naik beskal dalam umah aje

keta banyak lalu lalang
susah jugak nak kawal aqil aqif



kalini the syomelisyes pun ade naik beskal
harusla abi halakan senapang captured momen ni...



kendong / kerri I see my anak dara...takot ke hape si Qaseh ni


kaki gebus tu aku takot je masuk kat celah2 jejari tayar beskal tu
aku teringat pulak mase tecik2 dulu
main keri-keri naik basikal dengan my sista
kaki aku termasuk kat jejari tu
hadoi...memang nanges tak hengat..
rase nak fengsan, punye sakit....
walaupun dah terkena, rasenye aku tak serik jugak main keri2..
tapi lepas tu aku berhati2 letak kaki.....




am happy I suke Qaseh ye ...Qaseh dikerri aqil pulak...


lepas main beskal, bawak anak masuk umah..
abi mandikan aqil aqif terus
sebab aqil aqif nak tengok upin ipin...
layankan aje laaa paaaa....


pipin I khusyuk betul aqil aqif kan...


kalo dengar iklan je, tak tengok pun kat tv lagi, tau dah tu pipin..
sangat suke dengan pipin...
sebab pipin kan qemba cam aqil aqif...hehehe



tv manners I alhamdulillah dah aku didik dari awal



tiap kali tengok tv, macam ni la aqil aqif
aqil aqif dah tau mesti kene duduk diam2 depan tv hahah
bukan aku ajar kat rumah saje...
kat mane2 pun same....
melentur buluh dari rebungnye....lembut lagi...





Thursday, June 2, 2011

:: cheeqaboom Qaseh udah 11 bulan ::

marathon jadiknye arini...
sekali pos due entri...
anak-anak punye pasal , ai sanggup....


gula-gula hati kesayangan ibu dan papa sudah genap 11 bulan
ade lagi 30 hari nak masuk 1 tahun
sekejap aje mase berlalu...

maknenye lagi 30 hari untuk sambut besday syomellisyes ni...
30 hari jugak nak carik idea buat besday..
idea tu dah ada...
tunggu aje la....pasti ade..
insyaAllah.....





11 months old baby I hello to all my mommy blog readers... adakah??



cak cak cak cik Qaseh



tumit bulat I maseh bulat, sebab Qaseh tak berjalan lagi








:: our true peek of 4th enibeseri ::

ini betul betul punye....
our true kaler..
our true celebration...
true peek of our 4th ennibeseri...


daku yang buat kezutan...
kezutan ulang tahun ke empat...
abi tak tau pun daku order kek ni...


kek yammilisyes itew di tempah khas dari my sista punye kawan
sangat sedap dan harus direkemen pada sekelian alam...
kalah kedai kek pemes amos tew...hahahah
sedap, moist moist gitu ai tell you





:: yammilesyes I Happy 4th Anniversary to us , PAPA & IBU of MI-QASEH



meh tengok kek yang super duper cedaap
chocolate cheeze cake
Angka "4" tertinggal pulak ...
tukang buat kek ni terlupe kot....heheh



kene la aku mengkretipkan diri aku yang tak berape nak kretip ni
aku cacakkan aje 4 ketul lilin tu
kire betul2, ade la 4 jugak kan....







yang paling eksaited....
aqil aqif lorr....sape lagi
siap tanye....besday sape ni ibu??
bagi die kalo bole hari hari nak besday....



seblum aku & abi rasmikan kek
aqil aqif dah rasmikan dulu
tersembur ayaq liuq tiup lilin
hepi sungguh aqil aqif





rasmi I sape yang sambut enibeseri ni ??? abang ke adik ??





familia I tapi tak cukup korem, si Qaseh tido....nampak tak air jambu tu??



kali ini baru nampak abi enterprem...
kite tiup lilin tu same2...
aqil aqif nyanyi lagu besday plak....
ini enebeseri la sayang, takde lagu2 punye..hahaha





Happiness ever I i luv my little happy famili...





cik Qaseh baru bangun tido...
tecengang-cengang Qaseh tengok kek...




chizz tart I very the seddaaapppp



tengok la tekstur krim chiz yang sangat mencairkan mulut
cair di mulut, senang masuk pewot....hahaha





lepas makan sepotong dua.....
memang sedap tapi sebelum tu dah isi perut dengan masak bening bayam
harus la perut dah penuh kan...
makan sket2 aje...
anak-anak daku yang lebih suke bile tengok ade kek...
layan kan aje.....




Besttt I sedap tak Aqif ?? die kate sedappp la buu....





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin