Ikan salmon...aku macam jarang2 sangat makan ikan salmon ni..semalam aku habiskan mase rehat to searching some info for ikan salmon..aku cari jugak info untuk brokoli..sebabnye aqil and aqif skg dah makan nasi lembut yang ade lauk sket..takkan aku nak bagi sup ayam je...boring nye...so i must be a creative as i can..to first approach and make attractable to the meals..as for my twin, dorg memang suke makan..ape je yang di suap mesti makan...skg my twin mkn 3 or 4 kali sehari..breakfast, lunch,tea and dinner...tea tu selalunye akan di skip haha yela takan asek nak bagi makan je kan...lg pun my twin dah nak main aje skg ni..die ade kawan kan...suke main due2 org tu..
ok after dig,dig and digging some info, i got the best one..its from dutch lady malaysia..lets we share the information...all about the salmon fish and broccoli..
IKAN SALMON
MAKAN ikan adalah salah satu amalan pemakanan yang baik untuk kesihatan. Bagaimanapun, tidak semua ikan memiliki manfaat serupa. Jika anda ingin memelihara kesihatan jantung, cubalah makan ikan salmon. Kandungan asid lemak Omega-3 pada minyak ikan ini berfaedah untuk membantu merembeskan Asid Elcosapentaenoic (EPA) dan Asid Docosahexaenoic (DHA) dalam tubuh kita. EPA dan DHA diperoleh daripada asid lemak Omega-3 dan membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah, melawan inflamasi dan pelbagai penyakit lain.
Sebilangan besar penyelidikan perubatan mendapati minyak ikan melindungi jantung dan sistem kardiovaskular. Ia mengurangkan masalah aterosklerosis, angina, serangan jantung, strok dan penyakit vaskular periferal dengan mengekalkan kekenyalan dinding arteri, mengelakkan pembekuan darah, mengurangkan tekanan darah dan menstabilkan ritma denyutan jantung.
Asid Docosahexaenoic (DHA)
Mengekalkan keanjalan saluran darah, dan menggalakkan kemahiran berfikir dan kecekapan memproses maklumat.Menggalakkan perkembangan lanjutan otak dan mata .Pengambilan ikan berminyak (contohnya salmon dan makerel), minyak ikan dan minyak biji peluru 4-5 kali seminggu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
aku rase now its the rite time to feed up aqil and aqif with such a YUmmY Salmon Soup c/w Soft Rice, broccoli and radish..
Dinner for Aqil and Aqif
0 kengkawan khatam & cepat2 komen:
Post a Comment