Click here for Blogger tutorials, premade templates, free blog templates and custom blog designs »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, January 17, 2012

:: Master penyusuan susu ibu :: 18 bulan 15 hari ::



Maseh belom terlambat ... Aku dapat jugak menyusukan Qaseh sehingga ke hari ini..
Pada awalnya, memang rasa tak percaya yang aku bole menyusukan Qaseh dengan air susuku sendiri...
Tak dinafikan, ibu bekerja macam aku ni memang banyak dugaan dan cabarannya..
Nak tak nak aku lalui jugak... Rase nak mengalah memang tak terlintas dek akal aku..
Semoga Qaseh akan terus dapat menikmati susu ibu sehingga 2 tahun..


Galakan dari abi , mama dan kawan2 yang menyokong penyusuan susu ibu ni sangat-sangat aku hargai..
Kalaulah takde orang-orang ni maunye luntur kene clorox la semangat aku...
Banyak jugak petua-petua awet muda aku dapat untuk tambahkan susu ibu, kendalikan EBM
Dari perkongsian ni lah aku kenal Shaklee, kenal alfalfa , kenal longan kering, kenal red dates, memacam maklah lagi la..


Lagipun sekarang ni, penyusuan susu ibu dah mendapat tempat di kalangan ibu-ibu yang bekerja..
Outlet-outlet yang jual barangan penyusuan pun dah melambak-lambak... aku paling suke shofeng online kat sini..hahaha
Baju menyusu, nursing cover semua pun nye santek-santek.... Rambang-mambang mate mak nokss!! hahah
Biasenye aku akan COD je barang-barang yang aku beli..
Dalam mee ade udang.. dalam aku nak amik barang aku dapat jumpe la seller-seller yang santek manis ni..dapat kenal ramai orang..



Bagi aku takde yang susahnye dalam nak menjayakan misi penyusuan susu ibu..
Pada awal-awal memang lah agak kekok, tak biase kan, tapi lame-lame jadik kacang je...sodapp!!
Teringat awal-awal dulu, aku tak pandai nak susukan Qaseh belah kiri, terkial-kial aku..
Skang ni, kiri kanan depan velakang semua pon boleh taw...
Yang penting, kalau aku tak reti aku usaha carik jalan penyelesaiannya..
Skang ni dah canggih manggih, pakcik gugel kan ade... usaha la membaca artikel yang maha-banyak-mega tu..
Kite jugak yang dapat ilmu..Untung untuk anak-anak kite jugak..


Ade lebih kurang 5 bulan lebih lagi nak tamatkan misi ini...
Harap aku dapat bertahan sehingga ke akhirnya..
Walaupun banyak jugak halangannya, aku kene kuat..aku kene usaha lagi..
InsyaAllah takde ape yang mustahil...


Ya Allah permudahkanlah perjuanganku..!
Moga perjuanganku sentiase dalam redhaMu ...ameen ..



Wednesday, January 11, 2012

:: Permudahkan Segalanya ::

Dua malam lepas, abi dapat panggilan telefon dari kampung...mase tu pukul 1 pagi kalo tak silap aku..
Abi cakap, ayah abi telefon .. Dalam hati aku tak penah umor bapak mertua aku ni call waktu cenggitu..
Mase abi dok cakap-cakap aku pasang telinga mendengar...
Dari ape yang aku dengar macam ade orang yang jatuh sakit ..macam tu la..tapi aku t
ak amik port sangat lagi..
Entah sape yang sakit pun aku tak berpe dengar sangat...Dalam hati, biarlah dulu nanti aku tanye la abi lepas die letak call.
Lepas letak call, abi kate mek (MIL) muntah-muntah, cirit birit, darah dah tinggi sangat...khabarnye dari petang lagi dah camtu.. semuanye berlaku secare tibe-tibe.. bile ditanye takde respon langsung, senyap aje..m
ata sentiase je tutop...taknak bukak mata pun..



Pagi semalam, abi call ayahnye, tanye lagi perkembangan mek die.. tapi maseh macam tu jugak.. BP semakin naik bile biras aku cek..birasku, dokter kat hospital kota bharu..



Petang semalam, sampai je aku kat umah, abi call. abi kate abi kene balik kampong jugak malam ni. mek dah masuk ICU. dah buat details scanning, ade darah dalam kepala... keadaan sangat tak stabil..



Malam tadi, pukul 10.30 malam, abi bertolak ke Kota Bharu dengan abang abi & anak buahnye.. aku tak ikot balik..
Meraung-raung selok la aqil dengan aqif papa dorang takde.. sampaikan termuntah-muntah punye la menanges...
Pujuk-pujuk pon dah tak jalan. Die bantai menangis nak soh papa balik, "kenapa papa tak balik lagi","kenape tak bawak abang/adik", "kenape tok mek sakit papa nak tengok jauh-jauh" "..macam-macam lagi la die susun ayat kasihan menageh simpati aku , mak aku dengan abah aku... nak tergelak pon ade.. Qaseh aje yang relek..hahha :)



Abi dah sampai pun Kota Bharu kul 5 pagi tadi. Sempat die tengok mek kat HUSM subuh-subuh tadi..
Keadaan mek macam tu jugak.. takde perubahan..
Abi kate, dokter akan buat operation untuk keluarkan darah tu..
Entahlah, biasenye peluang sangat tipis.. buang jauh-jauh tanggapan itu..






Doaku agar dipermudahkan atas segala ketentuanNya..
Moga mek terus KUAT, cepat sembuh.. amin..



Friday, January 6, 2012

:: Korea Selatan - Internet Paling Laju di Dunia ::






Salam Jumaat.. Entri buat abi... :)
Lepas ni mesti aku dapat i-pad kan ... tak kuwasser ...




Mungkin ada di kalangan kita, apabila diajukan soalan di manakah lokasi luar negara yang mereka ingin menggunakan super high speed broadband, jawapan yang pasti akan keluar ialah Amerika Syarikat ataupun Eropah.



** Abi mesti sonyum lebo ni..tengok la ade lambang LG kat belakang amoi Korea tu kan **


Namun sebenarnya bukan negara-negara di atas yang memiliki internet terlaju di dunia, sebaliknya Korea Selatan telahpun mencapai kelajuan internet terpantas di dunia. Menjelang tahun ini, pengguna internet di Korea Selatan dapat memuat turun filem definisi tinggi dalam jangka masa dua saat sahaja. Kelajuan pasaran Jalur Lebar Korea Selatan dibangunkan dengan kadar yang luar biasa. Perkhidmatan jalur lebar yang pertama dilancarkan di Korea Selatan pada tahun 1998. Ia mengambil masa dua tahun sahaja untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar tertinggi di dunia.

*PERTAMA DI DUNIA* Pada tahun 2005, Korea Selatan selangkah ke hadapan dengan kejayaan menjadi negara pertama di dunia yang telah mentransformasi pertukaran penggunaan dial-up sepenuhnya kepada jalur lebar. Pada tahun yang sama, hampir 85% pengguna mempunyai akses internet sehinggan 1mbps.





Pada tahun 2010, kerajaan Korea Selatan yang bekerjasama dengan sektor swasta telah memulakan usaha untuk membekal kelajuan internet sehingga 1gbps. Suruhanjaya Komunikasi Korea Selatan berhasrat untuk menyambungkan kesemua rumah di Korea Selatan dengan kelajuan 1gbps. Kelajuan maksimum 1gbps dijangka hanya terdapat di bandar-bandar utama di Korea Selatan manakala pengguna internet talian tetap di bandar kecil dapat menikmati kelajuan di antara 50mbps-100mbps.


Mereka mempunyai dua pelan nasional jalur lebar iaitu Rangkaian Penyatuan Jalur Lebar (BCN) dan IT839. Kedua-dua memfokus kepada mewujudkan rangkaian yang menyeluruh yang membolehkan pelanggan berkomunikasi pada bila-bila masa melalui pelbagai peranti, termasuk telefon tetap dan mudah alih, komputer peribadi, rangkaian rumah dan peralatan lain.



*BCN TERBAIK DUNIA* Pada tahun 2004, kerajaan memilih tiga konsortium yang diketuai oleh Korea Telecom (KT), DACOM dan Korea Selatan Telekom (SKT) untuk membangunkan percubaan BCN dengan menggunakan pembiayaan sendiri. Matlamat kerajaan Korea Selatan ialah untuk menubuhkan BCN terbaik di dunia yang boleh menyediakan perkhidmatan multimedia jalur lebar kepada 100 juta isi rumah yang menggunakan perkhidmatan talian tetap dan 100 juta pengguna perkhidmatan tanpa wayar. BCN diikuti oleh rangkaian penumpuan Ultrabroadband (UBCN) program yang akan dijalankan antara 2009 dan 2013. Ia akan memberi tumpuan kepada pembangunan jalur lebar dengan 1 kelajuan Gbps.

*NEGARA PALING AGRESIF BANGUN JALUR LEBAR* Pada awal tahun 2011, Korea Selatan dinamakan sebagai negara paling agresif oleh perancangan kerajaan ke arah pembangunan jalur lebar dalam satu kajian yang membandingkan 16 buah negara. Korea Selatan telah membuat satu pelan induk ataupun ‘master plan’ sejak 10 tahun yang lepas. Dengan adanya strategi pembangunan jalur lebar negara yang sangat mantap dan amat terperinci, mereka dapat melaksanakan projek menaik-taraf tanpa ada sebarang masalah.



Luar biasa sekali, kerajaan Korea Selatan merancang untuk membelanjakan kurang daripada satu peratus daripada bajet kepada pelan, yang bercadang untuk mengisi jurang dengan menggalakkan pelaburan sektor swasta. Tambahan, satu fakta yang paling menakjubkan ialah, usaha projek menaik-taraf kelajuan internet telah mendapat sokongan penuh daripada para ahli politik. Soalan pertama yang akan timbul, mengapa Korea Selatan berusaha untuk membekalkan kelajuan yang amat luar biasa kepada penduduk mereka?

*KE ARAH HARI ESOK* Jawapan yang tepat ialah mereka telah melihat potensi yang amat besar sekiranya kelajuan internet dipertingkatkan. Bagi mereka, kelajuan internet luar biasa dapat merubah landskap kehidupan. Jika saya bertanyakan kepada pengguna internet biasa, mungkin jawapan yang diperolehi ialah bukankah kelajuan broadband talian tetap di negara kita sudah memadai untuk kehidupan seharian biasa atau sekadar ingin melayari facebook atau twitter, baca berita secara online, menerima dan menghantar email kepada rakan-rakan.

Tujuan kita melayari internet bukan sahaja untuk membaca berita, mencari maklumat dan informasi, memuat turun lagu ataupun filem, membeli barang secara online tetapi lebih daripada itu. Mereka ingin mengaplikasikan sepenuhnya teknologi internet dalam kehidupan mereka. Internet adalah satu medium bertujuan menghubungkan komuniti dan pada masa yang sama, memudahkan segala perkerjaan. Lebih daripada 94% isi rumah Korea Selatan sudah mempunyai akses kepada perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dan Korea mempunyai jumlah tertinggi pelanggan perkhidmatan jalur lebar di dunia pada tahun lepas.





*INSENTIF* Korea Selatan telah pun menjadikan pembinaan jalur lebar sebagai keutamaan negara dan dalam kes-kes yang tertentu, kerajaan telah memberi insentif kepada syarikat-syarikat swasta untuk turut serta membangunkan jalur lebar berkelajuan tinggi. Dengan cara ini, ia dapat menghalang pemain utama daripada memonopoli perniagaan mereka, menggalakkan persaingan dan inovasi.


Di Korea Selatan, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar dari syarikat kabel atau telekomunikasi. Tetapi mereka juga boleh memilih di kalangan pembekal bebas yang diberi akses oleh kerajaan menggunakan infrastruktur yang sedia ada untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada pengguna. Kerajaan Korea Selatan juga telah memberi insentif kepada pengguna dengan memberikan subsidi untuk menarik banyak lagi pengguna melanggan talian tetap. Tambahan dengan persaingan sihat di antara syarikat komunikasi swasta mahupun bebas, harga yang ditawarkan sangat murah dan dari segi kebaikannya, menguntungkan pengguna.

Pelik tetapi benar, kerajaan Korea Selatan tidak meletakan sasaran untuk mencapai kelajuan internet 100,200 ataupun 500mbps, sebaliknya telah meletak sasaran nasional untuk mencapai kelajuan 1000mbps(1gbps) pada tahun 2012.

*NEGARA KITA BERBANDING KOREA SELATAN* Di negara kita, kelajuan internet paling tinggi dapat dinikmati oleh pengguna talian tetap ialah 20mbps, manakala talian tanpa wayar ialah 15mbps untuk rangkaian 4G dan 7.2mpbs untuk rangkaian 3G. Umobile 3G pula berkemampuan untuk mencapai kelajuan 42mbps .

Korea Selatan pada asasnya telah memilih untuk menaiktarafkan teknologi negara untuk membantu memulihkan ekonomi yang hancur ketika mengalami krisis ekonomi 1997. Ia seterusnya mencipta persaingan jalur lebar yang sihat, memberi kebaikan kepada pengguna dari segi harga perkhidmatan jalur lebar dan meningkatkan kelajuan.

Walaupun ekonomi masih bergelut, Korea Selatan telah mencapai kemajuan yang setara dengan pelbagai bentuk teknologi digital. Penduduk mereka boleh mendapatkan video atas permintaan dalam talian dalam kualiti definisi tinggi, malah lebih murah berbanding rakyat Amerika membayar sewa DVD.

Pelajar berpendapatan rendah dapat menggunakan sambungan kelajuan tinggi untuk mengambil tutorial secara percuma untuk ujian kebolehan negara, peperiksaan yang boleh menentukan kemasukan kolej dan permintaan pekerjaan pada masa depan. Petani menggunakan internet sebagai wadah untuk menjual hasil tanaman mereka dan sayur-sayuran.

Tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawasanya kita boleh membeli buah dan sayur-sayuran secara online tetapi hakikatnya, fenomena ini sedang berlaku di Korea Selatan dalam skala yang besar.




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin