Click here for Blogger tutorials, premade templates, free blog templates and custom blog designs »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Didik Anak. Show all posts
Showing posts with label Didik Anak. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

:: Doa Untuk Menangani Anak-Anak Yang Nakal : InsyaAllah ::

As-Salam semua ..



Melayan the tige kenits memang kadang-kadang rasa nak lari umah...
Yang paling same dengan suare tazen amazon ..ade ke tazen kat amazon? mak dorang lah..
Mulut aku memang bising ... :)) hati manyak baik lapan juta kali wo!


Anak-anak sorga baru 3 orang, aku dah jadik tazen !
Aku tanye korang la ye, takkan kalau die tengah membuli qaseh memberi serangan bertubi-tubi, aku nak diamkan aje ke?
Kalau tak jadik suare tazen pun, suare aku memang la sampai makcik aku sebelah rumah tu bole dengar..
Makcik aku tu pun dan dan tu jugak sempat sound aku "kenape tu nita ????" dengan nada jerit-jerit supaye aku dengar.. haha

Jadi tazen mase tu je, lepas tu bile tengok muka anak, tak sanggup nak marah-marah...Cair jadiknye....


Kecik-kecik ni walaupon anak-anak sorga ni gadoh, dorang takkan simpan dalam hati..
Kejap gadoh, kejap baik main semula same-same..pastu tak sampai seminit gadoh balik..camtu la..
Dorang ni takde berdendam hati kan... takde nak simpan-simpan dalam hati..
Hati budak-budak kan bersih suci aje..



Kite kawan sampai syurga kan ...


1. Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hemb
uskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.


3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak


4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati


5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembus pada susu


6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.


7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar


8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"


9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.


10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.


11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan
1. Supaya anak-anak pandai belajar :: baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2. Sewaktu anak-anak bergaduh :: baca surah Al-Baqarah ayat 102


3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran :: baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24


4. Anak-anak malas ke sekolah:: baca surah Taha ayat 1 hingga 5.


5. Anak-anak yang suka keluar malam:: baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.









Wednesday, November 2, 2011

:: Aqil Aqif dah diaperless ::



mak bapak yang sangat sonot tau !!!



alhamdulillah, akhirnye aku ngan abi berjaye jugak..
aqil aqif dah diaperless !!



dengan semangat yang entah datang dari celah mane
aku ngan abi tekad potty training aqil aqif
memula memang banyak dugaan maklah semuakan
buat bodo aje la dugaan yang mendatang...banyak la dugaan ko!



banyak kali dah potty train aqil aqif
banyak kali jugak tak menjadik
minggu lepas, aku ngan abi cuba lagik..kot-kot menjadi
puas jugak pujok rayu macam-macam, tak jalan-jalan jugak
naik geram mak pak dorang tau...
last punye pujok..
abi punye kelentong kat dorang..
abi bagi contoh idola kesayangan aqil aqif, sape lagi kalo bukan budak botak due ketul si upin, ipin
abi kate "upin dengan ipin mane ade pakai pempers lagi"
"mane ade nampak opah die pakaikan pempers, die pakai spende aje"
"semua kawan upin ipin pun tak pakai pempers dah"
"jadi abang ngan adik kene pakai spende jugak ye, baru la same ngan upin ipin"



aku memang dah ade spare spende 4 helai sorang..
aku cakap bile pakai spende, nak tencing berak kene cakap
setiap 2 jam, aku pon kepochi tanye nak kencing ke tak..
bagi die biase-biase kencing kat toilet..
memula, tak kuar pun kencing..tak biase lagi kot
skang haaambik ko, laju je pancot...



stat bulan 11 ni, dah tak beli pempes...tebal la poket papa pasneh..haha
ade belen-belen pempes tu, buat pakai malam aje
skang ni malam pon aku dah tak pakaikan pempes
tapi kene korban mate la, bukan mate aku, mate papa dorang la
aku dah korban mate untuk nenenkan Qaseh..
kul 3 pagi cenggitu, abi kejutkan aqil aqif suh kencing..
pastu seblom hantar umah nenek dorang, suh kencing jugak...
cume semalam, mama bitau, si aqil terberak dalam seluar..
die dah berlari masuk toilet tapi tak sempat kot..hahhaha




Friday, October 21, 2011

:: Aqil Aqif masuk kelas menulis ::


keja ari jemahat dah abes !! ya ribba yok balik yok ....


hokaloh hujan pulak kat luar tu..
musim tengkujoh dah mula, fefeeling duduk kat tepi-tepi pantai pulok
sejuk sesangat , terkencen-kencen ai , kulu kiler masok toilet..
tak tahan weh...nature call !!


seblom zass balik, ni nak masok entri terakhir untuk minggu ni.. (-^-)
cek cek cekidauk....


aqil aqif tahun depan dah nak masuk skool
skang ni ari-ari masok kelas menulis dengan cekgu Jaja die
nanti takde la sangap sangat masuk skool
at least dah kenal dan bole tulis..
kang pegang pensel pon terkial-kial, kesian jugakka
n..


pikcer fresh from the five-five-0-D cekgu jaja
lets them do talking...



tempat kejadian : dapor umah nenek kale hijo !! we go green :)




Aqif yang left-handed
adehhh keciknye buku tu jaja ooi !

tangan dobot-dobot tu ikut papa die..
ape benda pun sume pakai tangan kiri..
sampai nak makan pon tangan kiri..



aqil pulak guna tangan kanan untuk tulis...
walaupun kemba, tapi sorang gune kiri, sorang guna kanan
esok-esok blaja pandai-pandai macam ibu ngan papa ...sila lempan
g doploh kali ye !



tak cukup kat atas meja, melunjor kat lantai pon jadi ko..




hasil masok kelas menulis cekgu jaja...jom nengok ..

ade ghope jugak A B C kan .... esok-esok masuk kelas tak berbayar ni lagi...
ibu banje jaja makan kat PokNik gaji neh :))




hahahahaha nak gelak goling-goling dulu
ni mesti budak dua ketul yang suruh cekgu jaja die lukis
upin upin ni memang dah jadik jiwa aqil aqif
ape-ape pun mesti upin ipin
nak pujuk makan ayam pon, kene upin ipin jugak



ni yang paling ai tak tahan kak ros ngan opah pon ado taw !!
nak tau tak, semua kawan-kawan upin ipin, aqil aqif hafal..
abang salim, korang ingat tak??...
ai pon kadang-kadang lupe taw..
aqil aqif kalo nampak keta proton exora, dari jauh lagi dah tau "ibu tu keta abang salim"
memula ai konpius gak abang salim?? abang salim mane pulak yang korang kenal ni..
" abang salim yang bawak upin upin raun raun naik keta tu la ibuuuu"
jom gelak goling-goling bejemaah..... hahaha adoyaiiii anak..



Qaseh pon nak join kelas tulis-tulis
tapi ngantok nak tido...hahaha



habes masok kelas tulis-tulis !
malam ni masok kelas ngaji mukadam pulok dengan papa die...

antie Jaja entri dah siap..sile bace ye...

can cin cau...



Friday, July 8, 2011

:: Rawat Jongang Dari Bayi Lagi ::



Petikan dari Kosmo bertarikh 28/2/1010

SUMBAT sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan. Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar, Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang.

Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.




“Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras,” ujar Norlian ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Jelas beliau, bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari.

“Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.

“Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut,” jelasnya.

Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi. Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.

“Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).

NORLIAN menerangkan rawatan penstrukturan semula gigi jongang di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tiga tahap jongang

“Secara umum terdapat dua keadaan jongang iaitu gigi dan rahang mencembung ke dalam atau ke luar. Keadaan tersebut diistilahkan sebagai poor bite dan deep bite,” kata Norlian.

Tahap keadaan gigi-gigi sebelah atas dan sebelah bawah yang mempunyai hubungan yang tidak normal ini dibahagikan kepada maloklusi kelas I, II dan III.

“Maloklusi kelas I merupakan satu keadaan gigi atas berselisih dengan gigi bawah pada paras normal iaitu dua hingga empat mm tetapi gigi tidak teratur, sesak ataupun jarang. Ia tidak melibatkan rahang dan ramai yang mengalaminya,” katanya.

Mandibular retrognathism atau gigitan berlebihan (over bite) diletakkan sebagai jongang kelas II. Ini menjadikan rahang atas dan gigi berselisih dengan rahang dan gigi bawah dengan jarak yang agak besar seperti pelakon komedi Os. Jongang jenis ini bertambah teruk jika bibir bawah terperangkap di belakang gigi atas atau bibir atas seseorang itu agak pendek dan tidak dapat mengawal posisi gigi atas. Kelas III atau prognathism pula berlaku apabila gigi bawah lebih menonjol daripada gigi atas.

“Dalam kes seperti ini, pesakit selalunya mempunyai tulang rahang bawah yang besar atau tulang rahang atas yang pendek,” jelasnya.

Perbezaan saiz dan struktur rahang juga mempengaruhi pembentukan gigi serta kecembungan rahang. Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dalam menstruktur semula gigi dan rahang tetapi rawatan bergantung kepada tahap masalah dan umur pesakit.

Opsyen rawatan

Jelas Norlian, rawatan mengatasi masalah jongang lebih berkesan dan mudah jika abnormaliti rahang atau gigi dapat dikesan pada peringkat awal terutama pada fasa gigi kekal mula tumbuh kerana corak pembentukan gigi boleh dikenal pasti.

“Pendakap berfungsi merupakan satu daripada kaedah rawatan. Kaedah ini membabitkan sejenis pendakap berspring yang dipasang di antara geraham atas dan bawah,” jelas Norian.

Sambungnya, penggunaan alat tersebut membantu membetulkan kedudukan gigi atas dan bawah melalui tekanan pada tulang rahang. Kaedah lain pula ialah dengan menggunakan pendakap tetap ortodontik membabitkan satu set dawai dan pendakap yang dilekatkan pada gigi. Pendakap-pendakap tersebut secara umumnya dipanggil braces. Tempoh penggunaan pendakap adalah berbeza mengikut kes tetapi secara lazim, ia memakan masa sehingga 28 bulan. Teknik tersebut menggunakan dawai gred perubatan yang disesuaikan dan diketatkan secukupnya untuk mengubah kedudukan gigi pada kedudukan yang dikehendaki.

Cabut gigi

“Bagi sesetengah kes, beberapa batang gigi terpaksa dicabut bagi memberi ruang pendakap menarik gigi lain ke ruang kosong ini,” ungkap Norlian.

Jelas Norlian, pendakap kekal atau pendakap berfungsi perlu dipakai sepanjang masa bagi memastikan rahang terus bergerak kepada posisi yang lebih baik. Secara perlahan-lahan, alat tersebut akan mengalihkan kedudukan gigi bersama pembesaran rahang yang berlaku secara semula jadi. Kaedah terakhir ialah penggunaan retainer atau penahan gigi. Alat tersebut berfungsi menahan gigi pada tempatnya selepas rawatan pergigian. Sesetengah pakar gigi turut menasihatkan pesakit memakainya untuk satu tempoh yang tertentu bagi memastikan kedudukan gigi kekal pada kedudukan baru.


Untuk pengetahuan semua. Dr. Norlian adalah Doktor Pakar yang menjadi Konsultant semasa saya mendapat rawatan ortodontik di Klinik Pergigian Bangsar. Mama saya kalo bace entri ni mesti die suke sebab Dr. Norlian adalah boss mama jugak semasa bekerja dulu. Mama saya dah pencen 4 tahun lepas.




Tuesday, June 21, 2011

:: Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak ::



Mengatasi masalah kuat marah pada anak. Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..


Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.


Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk kita semua berusaha mengatasi masalah ini:


1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.


2. Sebaik sahaja kita pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama kita kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah kita minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.


3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.


4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, kita boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, kita boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.


5. Sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan kita mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap kali berinteraksi dengan anak. Boleh juga kita berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan kita kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang kita mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa/mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Kita juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.


Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga kita lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb.


Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.



Sumber : Fowarded Email










LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin