Click here for Blogger tutorials, premade templates, free blog templates and custom blog designs »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

: Solat Dhuha, Doa dan Cara Melaksanakannya ::





Solat Dhuha, Doa dan Cara Melaksanakannya



Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha. 

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.


Ruang Waktu dan Waktu Afdal 

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
 
Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:




Kemudian, setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa ini:
Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”
Nota
  
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.
Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.


Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) 
Kredit:
1.  http://www.alhikmahsj.com
2.  http://nursyirah.wordpress.com





Wednesday, April 3, 2013

:: Pemanggang ajaib termurah ::



 Salam...

Napnang ni kalau aku tak buat entri, maka tak ade la die baik ati sangat nak tambah earning dalam akaun.. jap-jap lagi kalu dah sampai amount yang aku rase leh cover duit beli beg Micheal Kors aku cash out kan la..kahkahkah...


Haa...skang ni pemanggang ajaib ni dah jadi fenomena..sampai kan chef selebriti kat TV pun dok gune pemanggang ajaib ni...hape punye chef la...ko kan chef, tunjukkan la skill ko yang sebenar kan... pemanggang ajaib ni khas untuk orang macam aku yang tak bape rajen nak masak ni...hahaha


Dari survey yang aku buat, ramai yang kate brand Happy Call ni yang terbaik..kat Yutiub pun ade tunjuk cara-cara penggunaan pemanggang ajaib lagi bertuah ni...kahkahkah :)) ... Happy Call ni brand dari Korea...dan yang pertama mengeluarkan produk ni..



 Aku ni suke masuk groupon, mydeal, milkadeal dan macam-macam deal lagi lah...banyak barang murah kat situ..tapi kene bace syarat-syaratnye dengan teliti..jangan sampai tipah tetipu...carik punye carik aku jumpe deal ini, pemanggang ajaib brand happy call dengan harge RM80.00.. suke, lompat bintang :).. sebelum ni ade yang jual kat FB, RM 95 tu pun aku dah rase murah :)) yang ini lagi super duper murah dan yang paling penting it was recommended brand... cume kene tunggu 15 to 20 days for delivery..and it was free delivery !


Tapi mintak maap la, the deal was over..so rerajen la carik kat groupon ke segale tu ye...okbai!



Wednesday, September 19, 2012

:: Petua Masakan ::



Setelah lama menyepi...muehehehe !


Sebenarnye aku nak cari petua camne nak buat cekodok lembut-lembut cenggitu...
Mintak tolong hencik gugel carikkan..
Untong dapat hencik gugel yang dah graduate unibesiti..
Lalu macam-macam petua pulak die intepret...lagu ni la yang aku sooka... :)
Dah alang-alang tu, aku tepek la kat belog yang dah lame sunyi sepi ni.. hampung hencik napnang :(
Ade jugak pekdahnye khennn....seposen due posen pun hokey jugok...



• Mengekalkan Kesegaran Sayuran


Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.


Mencuci Kerang Dengan Mudah

Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.


Jemput-jemput Sentiasa Lembut

Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.


• Menghilangkan Pahit Peria


Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.


• Ikan Tidak Melekat Dikuali

Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.


• Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.


• Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.


• Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama

Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama


• Segarkan Taugeh


Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.


• Hilangkan Kesan Bau Papan Pemotong

Adakalanya kita menghadapi masalah unutk menghilang bau hanyir pada papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yang terdapat pada papan pemotong akan hilang.


• Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-

  1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit.
  2. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
  3. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.


• Merasa Makanan di Bulan Puasa
  1. Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
  2. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuah tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis


• Memutih Nasi

Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.

• Memasak Nasi yang Mentah


Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.


• Mengelakkan Nasi Hangit
Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.


• Mengelakkan Bau Hangit Nasi

  1. Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
  2. Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
  3. Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.



• Nasi Lambat Basi

  1. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
  2. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.



• Nasi Lembik

Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua bij telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.



• Menyukat Air Untuk Beras
Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahnya sukatannya sama dengan sukatan beras.


• Memilih Telur


Pilihlah yang segar dan tidak retak. Kulitnya kesat. Apabila digoncang dalamnya padat.



• Mengelakkan Telur Rebus Pecah

  1. Didihkan dahulu air dengan garam. Kemudian masukkan telur ke dalam air.
  2. Masukkan telur ke dalam plastik yang berlubang atau bekas plastik yang berlubang sebelum memasukkan bekas/plastik ke dalam periuk.



• Menghilangkan Hanyir Telur Goreng
1. Masukkan beberapa titis air asam limau ke dalam telur.
2. Kacau sehingga rata selepas itu barulah digoreng.



• Telur Tahan Lama

  1. Bersihkan kesemua telur. Lapkan sehingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.
  2. Susunkan telur secara menonggeng (yang runcing di bawah) agar lebih tahan lama.



• Kacang Bendi Tetap Segar


Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama.



• Menyegarkan Sayuran Berdaun

  1. Hiris sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam beg plastik. Kemudian simpan ia di dalam peti sejuk. Cara ini akan membuat sayur-sayuran itu segar selama seminggu.
  2. Rendam dua helai kertas kosong berwarna putih di dalam air selama dua atau tiga minit.Kemudian bungkus sayur-sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya. Masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembab. Kesegaran sayur akan bertahan selama 3 atau 4 hari. Cara ini sesuai bagi mereka yang tiada peti sejuk.



• Menyegarkan Timun, Lobak Merah dan Kobis


Potong bahagian atas sayur-sayuran tersebut. Sapukan sedikit garam dan minyak kelapa. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jeruk Sawi Buatan Sendiri

  1. Sawi dipotong, dicuci bersih dan dijemur selama 4 jam.
  2. Gaulkan dengan garam dan biarkan semalaman.
  3. Keesokkan harinya, tuangkan air beras ke dalam sawi tadi. Kemudian peramkan beberapa hari.


• Memilih Sayur - Sayuran

  1. Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.
  2. Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.
  3. Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
  4. Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
  5. Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.
  6. Bendi : Pastikan hujungnya lembut.


• Cara Menghilangkan Bau Hamis Daging Kambing

Setelah dihiris daging itu, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 min. Bersihkan kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biar 30 min kemudian bersihkan dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2-3 helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum


• Cili Mesin Boleh Tahan Lama
Cili kering yang telah dimesin jika mahu disimpan lebih lama di dalam peti sejuk supaya tidak bercendawan. Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.


• Kurangkan Ulat Beras (Bubuk)

Jika beras disimpan lama, tentu banyak bubuk akan ditemui di dalamnya. Untuk mencegahnya ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras di atasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi di serang oleh bubuk.


• Menghilangkan Lendir Pada Ubi Keladi
Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih.


• Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria
Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.


• Agar Sayuran Celur Kelihatan Segar

Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat.


• Mematikan Ikan Keli
Mematikan ikan keli dengan cara mengetuknya akan menyebabkan isi ikan tersebut rosak. Cara yang paling mudah, masukkan secamca besar garam ke dalam bekas ikan keli dan biarkan lebih kurang 15 minit. Ikan tersebut akan mati. Selamat mencuba .


• Melemakkan Masakan Pulut

Untuk menyedapkan pulut yang dimasak. Caranya, rendam pulut semalaman kemudian masak denga air kelapa.


• Menanggalkan Kerak

Caranya, rebus kulit kentang di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya.


• Harumkan Bawang Tumis

Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Pasti wangi baunya .


• Hilangkan Hanyir Ikan Keli

Rendamkan ikan keli yang sudah disiang ke dalam air sagu lebih kurang 5 - 10 minit. Selepas itu basuh ikan keli tersebut dengan air bersih. Ikan keli tersebut tidak akan berbau hanyir apabila dimasak.


• Mengurangkan Rasa Pedas Cili
Sebelum cili hijau, cili padi atau cili merah dimasak gulai, bukan sahaja tampuknya perlu dibuang tetapi bahagian hujung cili juga harus dibuang jika hendak mengurangkan rasa pedas apabila dimakan.


• Mengelakkan Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang
Untuk mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang. Simpan bawang yang hendak digunakan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum digunakan.

Bawang akan lebih mudah dan cepat disiangkan selepas dikeluarkan dari peti sejuk.
atau; pedih mata boleh juga dielakkan dengan cara mengupas bawang di dalam air.

• Merangupkan Kentang Goreng
Caranya, setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1 - 2 jam hingga kentang kering. Selepas itu gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Pasti rangupnya seperti yang dibeli dari kedai makanan segera.






Friday, March 30, 2012

:: Amazing Cutting Fish in Japan ::





Assalamualaikum w.b.t.



Sebelom berjimba-jimba kat laut esok..
Ape kate kite layan mamat jepon ni memfilletkan ikan tuna..
Am sooo impressed doh!






Waahh....so amazing kan !!..
Kalau lah aku boleh siang ikan camtu kan ke gile best? ...
Takde la terkial-kial lagi nak menyiang ikan...





Friday, January 6, 2012

:: Korea Selatan - Internet Paling Laju di Dunia ::






Salam Jumaat.. Entri buat abi... :)
Lepas ni mesti aku dapat i-pad kan ... tak kuwasser ...




Mungkin ada di kalangan kita, apabila diajukan soalan di manakah lokasi luar negara yang mereka ingin menggunakan super high speed broadband, jawapan yang pasti akan keluar ialah Amerika Syarikat ataupun Eropah.



** Abi mesti sonyum lebo ni..tengok la ade lambang LG kat belakang amoi Korea tu kan **


Namun sebenarnya bukan negara-negara di atas yang memiliki internet terlaju di dunia, sebaliknya Korea Selatan telahpun mencapai kelajuan internet terpantas di dunia. Menjelang tahun ini, pengguna internet di Korea Selatan dapat memuat turun filem definisi tinggi dalam jangka masa dua saat sahaja. Kelajuan pasaran Jalur Lebar Korea Selatan dibangunkan dengan kadar yang luar biasa. Perkhidmatan jalur lebar yang pertama dilancarkan di Korea Selatan pada tahun 1998. Ia mengambil masa dua tahun sahaja untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar tertinggi di dunia.

*PERTAMA DI DUNIA* Pada tahun 2005, Korea Selatan selangkah ke hadapan dengan kejayaan menjadi negara pertama di dunia yang telah mentransformasi pertukaran penggunaan dial-up sepenuhnya kepada jalur lebar. Pada tahun yang sama, hampir 85% pengguna mempunyai akses internet sehinggan 1mbps.





Pada tahun 2010, kerajaan Korea Selatan yang bekerjasama dengan sektor swasta telah memulakan usaha untuk membekal kelajuan internet sehingga 1gbps. Suruhanjaya Komunikasi Korea Selatan berhasrat untuk menyambungkan kesemua rumah di Korea Selatan dengan kelajuan 1gbps. Kelajuan maksimum 1gbps dijangka hanya terdapat di bandar-bandar utama di Korea Selatan manakala pengguna internet talian tetap di bandar kecil dapat menikmati kelajuan di antara 50mbps-100mbps.


Mereka mempunyai dua pelan nasional jalur lebar iaitu Rangkaian Penyatuan Jalur Lebar (BCN) dan IT839. Kedua-dua memfokus kepada mewujudkan rangkaian yang menyeluruh yang membolehkan pelanggan berkomunikasi pada bila-bila masa melalui pelbagai peranti, termasuk telefon tetap dan mudah alih, komputer peribadi, rangkaian rumah dan peralatan lain.



*BCN TERBAIK DUNIA* Pada tahun 2004, kerajaan memilih tiga konsortium yang diketuai oleh Korea Telecom (KT), DACOM dan Korea Selatan Telekom (SKT) untuk membangunkan percubaan BCN dengan menggunakan pembiayaan sendiri. Matlamat kerajaan Korea Selatan ialah untuk menubuhkan BCN terbaik di dunia yang boleh menyediakan perkhidmatan multimedia jalur lebar kepada 100 juta isi rumah yang menggunakan perkhidmatan talian tetap dan 100 juta pengguna perkhidmatan tanpa wayar. BCN diikuti oleh rangkaian penumpuan Ultrabroadband (UBCN) program yang akan dijalankan antara 2009 dan 2013. Ia akan memberi tumpuan kepada pembangunan jalur lebar dengan 1 kelajuan Gbps.

*NEGARA PALING AGRESIF BANGUN JALUR LEBAR* Pada awal tahun 2011, Korea Selatan dinamakan sebagai negara paling agresif oleh perancangan kerajaan ke arah pembangunan jalur lebar dalam satu kajian yang membandingkan 16 buah negara. Korea Selatan telah membuat satu pelan induk ataupun ‘master plan’ sejak 10 tahun yang lepas. Dengan adanya strategi pembangunan jalur lebar negara yang sangat mantap dan amat terperinci, mereka dapat melaksanakan projek menaik-taraf tanpa ada sebarang masalah.



Luar biasa sekali, kerajaan Korea Selatan merancang untuk membelanjakan kurang daripada satu peratus daripada bajet kepada pelan, yang bercadang untuk mengisi jurang dengan menggalakkan pelaburan sektor swasta. Tambahan, satu fakta yang paling menakjubkan ialah, usaha projek menaik-taraf kelajuan internet telah mendapat sokongan penuh daripada para ahli politik. Soalan pertama yang akan timbul, mengapa Korea Selatan berusaha untuk membekalkan kelajuan yang amat luar biasa kepada penduduk mereka?

*KE ARAH HARI ESOK* Jawapan yang tepat ialah mereka telah melihat potensi yang amat besar sekiranya kelajuan internet dipertingkatkan. Bagi mereka, kelajuan internet luar biasa dapat merubah landskap kehidupan. Jika saya bertanyakan kepada pengguna internet biasa, mungkin jawapan yang diperolehi ialah bukankah kelajuan broadband talian tetap di negara kita sudah memadai untuk kehidupan seharian biasa atau sekadar ingin melayari facebook atau twitter, baca berita secara online, menerima dan menghantar email kepada rakan-rakan.

Tujuan kita melayari internet bukan sahaja untuk membaca berita, mencari maklumat dan informasi, memuat turun lagu ataupun filem, membeli barang secara online tetapi lebih daripada itu. Mereka ingin mengaplikasikan sepenuhnya teknologi internet dalam kehidupan mereka. Internet adalah satu medium bertujuan menghubungkan komuniti dan pada masa yang sama, memudahkan segala perkerjaan. Lebih daripada 94% isi rumah Korea Selatan sudah mempunyai akses kepada perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dan Korea mempunyai jumlah tertinggi pelanggan perkhidmatan jalur lebar di dunia pada tahun lepas.





*INSENTIF* Korea Selatan telah pun menjadikan pembinaan jalur lebar sebagai keutamaan negara dan dalam kes-kes yang tertentu, kerajaan telah memberi insentif kepada syarikat-syarikat swasta untuk turut serta membangunkan jalur lebar berkelajuan tinggi. Dengan cara ini, ia dapat menghalang pemain utama daripada memonopoli perniagaan mereka, menggalakkan persaingan dan inovasi.


Di Korea Selatan, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar dari syarikat kabel atau telekomunikasi. Tetapi mereka juga boleh memilih di kalangan pembekal bebas yang diberi akses oleh kerajaan menggunakan infrastruktur yang sedia ada untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada pengguna. Kerajaan Korea Selatan juga telah memberi insentif kepada pengguna dengan memberikan subsidi untuk menarik banyak lagi pengguna melanggan talian tetap. Tambahan dengan persaingan sihat di antara syarikat komunikasi swasta mahupun bebas, harga yang ditawarkan sangat murah dan dari segi kebaikannya, menguntungkan pengguna.

Pelik tetapi benar, kerajaan Korea Selatan tidak meletakan sasaran untuk mencapai kelajuan internet 100,200 ataupun 500mbps, sebaliknya telah meletak sasaran nasional untuk mencapai kelajuan 1000mbps(1gbps) pada tahun 2012.

*NEGARA KITA BERBANDING KOREA SELATAN* Di negara kita, kelajuan internet paling tinggi dapat dinikmati oleh pengguna talian tetap ialah 20mbps, manakala talian tanpa wayar ialah 15mbps untuk rangkaian 4G dan 7.2mpbs untuk rangkaian 3G. Umobile 3G pula berkemampuan untuk mencapai kelajuan 42mbps .

Korea Selatan pada asasnya telah memilih untuk menaiktarafkan teknologi negara untuk membantu memulihkan ekonomi yang hancur ketika mengalami krisis ekonomi 1997. Ia seterusnya mencipta persaingan jalur lebar yang sihat, memberi kebaikan kepada pengguna dari segi harga perkhidmatan jalur lebar dan meningkatkan kelajuan.

Walaupun ekonomi masih bergelut, Korea Selatan telah mencapai kemajuan yang setara dengan pelbagai bentuk teknologi digital. Penduduk mereka boleh mendapatkan video atas permintaan dalam talian dalam kualiti definisi tinggi, malah lebih murah berbanding rakyat Amerika membayar sewa DVD.

Pelajar berpendapatan rendah dapat menggunakan sambungan kelajuan tinggi untuk mengambil tutorial secara percuma untuk ujian kebolehan negara, peperiksaan yang boleh menentukan kemasukan kolej dan permintaan pekerjaan pada masa depan. Petani menggunakan internet sebagai wadah untuk menjual hasil tanaman mereka dan sayur-sayuran.

Tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawasanya kita boleh membeli buah dan sayur-sayuran secara online tetapi hakikatnya, fenomena ini sedang berlaku di Korea Selatan dalam skala yang besar.




Monday, October 5, 2009

:: Pisang 44 ari ::

:: SALAM MONDAY SICKNESS ::

Pisang oh pisang…kenape engkau banyak jenis..
Tak pasal-pasal pisang jadi tajuk nak masuk n3 lak..
Ni gara-gara n3 cekodok pisang aku tu la.

Ade satu komen kat entry ini…
Pengomen tu tanye ade ke pisang kapas kak???
Aku tersenyum jek bile bace komen tu..
Mesti ade…tu yg mak akak buat cekodok tu dek..hehe
Sodap lagi tu….

Lepas tu aku borak2 dgn KRina..
Jom kite ikuti perbualan kami berdua…
MMQ (mummy-miqhael) – KR (kak rina)

MMQ : Kak tadi kan si ____ tanye adeke pisang kapas tu?
KR : J (Kak Rina Senyum & tergelak2)…
MMQ : agaknye die tak tau kot…nita pun tak bape tau jenis2 pisang ni…
Tu pun mak yg btau..pisang emas, lemak manis, dgn tanduk tau la…
KR : Pisang kapas yg putih gebu tu kan??
MMQ : Haah
KR : Tau pisang 44 ari tak?
MMQ : Errmmm…tak penah dengo la kak…cam pelik je tu..
KR : Pisang tu selalu ade kat kenduri arwah yg cukup 44 ari…pisang lemak manis le
MMQ : oooo…ade jugak ye…hehehhe (blur nye aku time itew)


Laaa…pisang 44 ari pon ade kan…
Pisang ni diberi name ikut mase dan keadaan kot..
Bagi aku, aku tau jugak la nama2 pisang ni…
Tapi tak kenal pon yg mane satu…huhu ape la kan…
Makan pisang pon aku tak suke sgt…
Rasenye cam ramai je tak tau jenis2 pisang..
Tau tu mungkin tau kot..
Tapi nak kenal pisang tu yg masalahnye…
Aku rase cam same je , sume pisang2 ni…
Sume kale ijao..cume beza panjang pendek kot…
So sape tau name2 pisang dan kenal pisang2 iteeewww…
hands up pleazzzee!!!
Meh kite kongsi syame2 ye..
Sharing is caring kan..
Sharing info pisang2…
Tapi aku bukaannye mkn sgt pisang ni..
Kecuali cekodok pisang & kerepek pisang aje…
Kek pisang & ape je la yg made from banana….
Aku mmg tak makan…
Pisang…pisang..oh pisang….
Bikin pusing same ini jenis pisang..


Monday, May 25, 2009

..:: Breakfast for Aqil Aqif ::..

...:: SALAM SEJAHTERA BUAT SEKALIAN ::...
sabtu lepas aku bangun awal...bole buat bfast untuk hubby and aqil aqif...hubby aku gorengkan calamari dan bancuh air oligo cocoa...untuk aqil aqif aku gorengkan alphabet fries ni...so cute and yummey...dah tentunye aqil aqif paling suke...makan sket, pastu main yang lebih...alahai anak ibu...alphabet fries ni aku beli kat Giant kota damansara...hubby yang mule2 jumpe, so aku pun terus je grab...sbb abi tau akulah org yang paling excited kalo jumpe bende cute2 camni..hehe



:: AQIL AQIF MIQHAEL ::ibu yang susun atur alphabet ni..so cute kan..
Notes : aku skg tgh cari pasta (macaroni) yang ade bentuk huruf jugak...ade tak sape2 yang penah jumpe..pls advise me okey...



Saturday, April 25, 2009

.:: My Working Saturday ::.

..SALAM UKHUWWAH UNTUK SEKALIAN..


Kalo ikutkan this saturday aku tak keje..tapi arini aku kene keje gak..sbb last week aku attend exam for DPLI this July intake..so kene replace la keje mgu lepas untuk arini..takpe just for 5 hours..dtg pun dah lambat td..sbb aku terlupe yg aku keje arini...sampai kul 8 suku..breakfast my ofismate dah siap2 belikan..sbb smlm die dah announce sape2 nak nasi lemak untuk bfast esok ; which mean today la kan..so sampai je ofis tadi dah ade sebungkus nasi lemak kat meja aku..thanks to laili for bought me the 'nasi lemak sambal udang petai"..sooo yummmylicious..


dulu mase kat my ex -ofis , 5 working days je...time ari jumaat la yg paling best..hehe nak balik paling awal je rase...but in TASEK kene keje on saturday..naseb baik alternate sat..to be considered ok..lagi pun keje kat ofis ni tak penah nye abis..soooo many loadwork..tak masuk yg ad-hock lagi tu..betul tak KAK RINA?..but we had almost the ad-hock one..sume nak on the dot..sume nak cepat...sume nak skarang..cube la btau awal2..skg ni kene documentation wise..sape2 yg tak isi form, aku tanak layan..hehe bole tak camtu...ye la kate nak implement ISO, tapi main cakap mulut je..mane bole maa...everything must be documented and traceable..kang sape yang susah...aku dgn kak rina jugak...haha ni dah merepek meraban bagai ni..im not pint pointed to anyone, but everyone should be coorperative to each other...so senang la keje kite nanti...betul tak kawan2...


ok la aku nak sambung buat keje..a lot of reports to be prepared then to circullar out and a documents to be safely keep scanned and to do filing, mailing and so on so forth...customer file yg aku tak update2 lagi tu..to be settled by today..coz my sis rina on leave lagi sampai isnin ni..kalo tak bile lagi aku nak buat...hehe alamak company profile yg sis rina suh compile tu pun aku tak sempat nk buat lagi..ye la aku mmg tak mng tangan kalo one of us cuti...seems to be same with kak rina..mmg agak kelam kabut..sume nak kene coordinate sendri ma...betul kan sis.. ni naseb baik la my boss takde, out station to bayan baru plant..kalo tak, lagi la kelam kabut, mane dgn yg sales punye stuff, production nye stuff..mane satu nak buat??...hahaaa tu belom my area manager nye stuff lagi...keh keh keh...lg pulak skg ni, my boss dah hand over one of the production reports kat aku..everyday must be compiled and reporting to him..nak design mix lagi, from central, northern and southern area sume aku yg prepare...kdg QA& QC stuff pun aku kene buat gak...QA sorg kat blkg tu buat ape haa....but all this work load mmg dah part off my KRA..so tak yah la bising2 nita oooi...buat je la keje tu kan... rezki yg halal ni..Alhamdulillah..


Till now...

Notes : Balik ni aku nak g Metrojaya warehouse sale and Baby Jaya..bole ye papa...


Thursday, April 23, 2009

.:: Telur Kuning "TWIN" ::.

"TWIN".Memang terlalu rapat and sinonim dengan hidup aku..ape2 pun mmg TWIN..yela i kan TWIN to my luvly sis Noor Azniza..
ok semalam b4 balik umah aku g beli burger..terase cam nak makan burger...sampai je kat stall burger, i place an order...ok bermula la perbualan aku dan pacik burger..cik Janggut namenye..mmg pemes dgn burger black papper nye...

aku : cik, saye nak burger 2, satu daging, satu ayam...due2 nak spesel ye..mayonis lebih..ok

cik janggut : ok.ko tunggu ye..acik buatkan.

aku pun leka tgk pacik tu dok buat burger....sampai je tang nak masak telur..mase pacik tu pecah telur, tibe2 je keluar due telur kuning (yolk)..terperanjat pacik tu...

cik janggut : lah...ade due la telur kuning ko dik...jarang nak dapat ni...ko makan telur ni ko dapat anak kembar nanti ..untung ko..

aku : cik saye dah dapat anak kembar tu pun..

cik janggut : ye tak ye ..ko pun kembar kan...elok sgt la tu...nanti ko bercucu cicit kemba la..hehe

aku: alhamdulillah cik..kalo ade rezki terime jek...

cik janggut : acik pun kembar tau....tapi adik dah meninggal mase kecik, merah2 lagi...mak acik ade 2 psg kembar..

aku (dlm hati) : hek eleh pacik ni , die pun kembar gak...

borak punye borak burger yg aku order dah pun siap...aku tak sempat nak amik piccas telur kuning twin tu...dok borak ngan pcik janggut tu..hehe ape pun burger pacik mmg best..ade letak serbuk kari dgn bawang goreng lagi ...soooo yummy la...chaiyok...chaiyok..

Notes : Hidupku mmg takle nak dipisahkan dgn ape bende pun yg berkaitan dgn twin...Mmg best jadik twin...Thumbs up!!!




Monday, April 13, 2009

~~Happy Birthday to Muhammad Khalish~~

-- Bismillahirrahmanirahim--

--Syukur, masih kite dipertemukan hari ini & semoga dipermudahkan urusan untuk segala yg mendatang..Aminn--


.."Selamat Hari Lahir yg Pertama" untuk Muhammad Khalish..





Sabtu lepas, seperti yang telah aku dirancang, aku n family dijemput oleh mama khalish untuk meraikan ulangtahun pertama kelahiran Muhammad Khalish..Setelah usai segala urusan dan kerja2 umah, aku uruskan aqil aqif, siap2 sume aku n abi bertolak ke Bandar Bukit Raja..kali ni aku sefamily in "green"..sbb party Khalish kali ni tema nya hijau..eheh so melaram la dgn baju hijau.


Sampai sane awal lagi, dlm kul 245 ptg..so aku pun g carrefour klang dulu.round2 aje..tak beli ape pun..dkt 45 miit round2 dlm tu, dan aku rase cam takde ape pun yg menarik..so kitorg pun kuar & terus ke umah mama Khalish...Sampai sane tetamu pun tgh ramai..tapi tak sempat tgk khalish potong kek..hehe takpe la Khalish, auntie dh dpt mkn kek yg yummy tu.

First time g umah mama Khalish kat Bandar Bukit Raja ni...sbb aku and mama Khalish ni kenal di frenster..so frenster la yg menemukan kami..Seronok dpt jumpe face to face dgn deqna aka mama khalish..she's friendly, welcome ladies and talkative jugak, pandai layan tetamu..Sonok jumpe ngan Khalish, yg slama ni auntie tgk dlm gambar aje..Cute and handsome Khalish..Aqil n Aqif pun dah dpt jumpe Khalish..Kat umah Deqna tu, dpt jumpe gak frenster fren yg rapat, Farra, mama si Mirza ; Ika, mama si Alya and Fazi, mama si Damia Lutfiah..Aku rase cam gathering lak...erm bile nk buat gathering betul2 ni deqna and mama2 sume...nanti kite sume buat tau...

Bile dah jumpe face to face dan dapat borak2 dgn mama ni sume, rase cam lagi rapat. bukan stakat anta2 comment kat frenster dan sms je..Khalish, Mirza, Damia dan Alya mmg sgt2 cute and so adorable...cume tak sempat nak borak lame dgn mama2 sume...nanti kite jumpe lagi ye..

ok..disamping dpt jumpe my cyber frens...dapat jugak aku car sticker yg aku tempah kat deqna..tq deqna..cantik sgt, so creative..

Wednesday, April 8, 2009

~~aQiL & aQif missed Papa~~

Semoga hari ini adalah yang terbaik dari hari semalam..Semoga hari yg bakal mendatang lebih baik dari hari ini...InsyaAllah..
:
:




"Rindunye Papa"..camtu la kot yg ade dlm fikiran aqil aqif setelah seharian tak jumpe papanye..aku, ibunye ni si aqil aqif tak heran sangat..hehe kalo dgn papanye, mmg tak bole nk pisahkan lagi...melekat aje..jd "ekor" papa..bertambah panjang la ekor papa..hiikhiik..anak papa la katakan..jelesnye ibu..tapi takpe ibu ade can mase nak tidokan aqil aqif nanti..mase tido la mase aku dgn my twin..melayan aqil aqif tdo.tu dah jadi kemestian..
:
:

kalo papa balik dari keja je..mcm tu la gelagat aqil aqif..nak berdokong..due2 mesti nak dokong dlm satu mase yg same..keakraban antara abi & aqil aqif tidak dpt dinilai hargenye..no word can describe.susah sket kalo papanye g outstation kalo camni..mesti die tercari2 papa..kesian anak-anak ibu kan..takpe sayang aqil aqif, papa "go work"..the words that can slow down the aqil aqif expression..Perharps..
:
:

-My three heroes :: Their showered a love to me for every second of my heart bit-




Yahoo!..Aqif get touch screen phone..while Aqil start crying..hehe


::My Abi juz called me...as for me, it was not a good news..he will going to Thailand from 26th Apr - 3oth Apr 2009 for 5 days...he going there to attend the training from 28th-29th..hmm lame jugak tu..I will miss him at that moment..and of coz Aqil Aqif will miss his Papa for the entire 5 days::


::Today , Aqil Aqif 13 months::





Wednesday, March 25, 2009

New Blog Title : QASEH MILIK KITA

Hari ni 25/3/2009 @ 5.41 pm, aku dengan takde kejanye saje2 nak tukar title blog aku..

Previous : Anugerah & Qurniaan

Current : QASEH MILIK KITA

content blog ni sume tak bertukar pun...cam biase gak...ok itu saje...

Monday, March 23, 2009

~~aQiF & gelagatnye~~







"Aqif...aqif duduk la sayang...jatuh nanti..,kan ibu beli carseat ni untuk aqif duduk"



"kalau aqif berdiri, nanti jatuh,..cian ank ibu kan"
"aqif duduk diam2 ye sayang"


Itu le bebelan aku kat aqif...aqif bukan tak suke nak dok kat carseat tu..yela die dah pandai berdiri skg ni...kaki pun dah kuat menapak..kat carseat pun die dah tak leh dok diam...dok sekejap dah nak berdiri..aku la tukang bebel kat die..tapi die buat dek je...aqif..aqif...tapi kalo die nak nyusu, die akan duduk elok2..minum susu sampai abis..

Aqil masih aku pangku lagi..sebab carseat aqil dah tak sesuai untuk di guna lagi...tu aku beli mase newborn dulu..mmg ade cadang nak beli satu car seat lagi untuk aqil..tgk la bulan depan kot..hehe bole kan papa..




Dah pandang blkg pulak..
Note : aqif hanye berdiri bile keta berhenti saje..heheh



Tuesday, March 10, 2009

~~Alhamdulillah


Alhamdulillah...Birthday Bash Aqil Aqif dah selasai..dalam plan mule kul 5ptg tapi disebabkan hujan..ramai yang datang lewat..almost kul 6 ptg ramai yang dah start datang..arin and family, asma, razi, kak rina and family , wahed and family, rinie and family and others...dah lepas maghrib lagi ramai dtg..thanks to all

menu untuk bday party ni ade yang aku cater je and ade yg mama masak..aku cater nasi ayam kat pacik aku yg dok kat taman ehsan, kepong..thank u sbb last minute call..seb baik die nak buat gak..hehe mama masak meehon, agar2 and puding..my ucu and nenek buatkan kuih karipap inti daging and colourful kuih lapis. yang lain2 tu aku and mysis niza and nina yang same2 buat...mysis niza buat fruit punch yang sangat sedap..to my auntie ani, yang dok kat sebelah umah tu, thanks sebab bagi pinjam meja..3 bijik meja yg dipinjam...to my dida (a.k.a org kuat majlis) thank you so so so much from start till the end...my sis nina and niza yg tlg kemas sampai malam ( basuh pinggan2 and kemas umah aku)..

aku tak sempat gi nak upload pict bday aqil aqif...penat punn tak abis lagi..seb baik ade cuti maulud..dapat kemas2 lagi and rehat2 kat umah..ok wait for my next post...Till now..


Tuesday, February 17, 2009

Dah Ade Gigi

A lil bit update for today.. Aqif dah ade gigi 1 btg setengah..Aqil cam belum nampak lagi giginya, tapi ade dah tanda2 nak tumbuh gigi..Memandangkan aqif dah ade gigi, so as a mother i am responsible to take an early dental care of my twin first tooth. The appearance of my baby's first tooth is a milestone in his life. At this stage, i am encouraging aqif the discipline of dental hygine. In the beginning, i am using a soft towel wrapped around my finger. Tapi semalam sejak dari ofice lagi aku dah bercadang nak beli berus gigi untuk aqif. So balik je dari keje, dekat kul 6 lebih tu aku singgah kat Manjaku..Lame gak dok memilih berus gigi yang terbaik untuk aqif..



Aqif Tooth Brush

Kat sini ade Teething Tips...aku rase bergune jugak untuk dijadikan panduan nak jage gigi ni..sebab bagi aku gigi adalah sangat penting untuk dijaga dan dibersihkan. tooth is for life..

Teething Tips

The baby's gum will appear red and swollen as the tooth is emerging. This may be accompanied by increased salivation and a slight redness in the cheeks. There may be some discomfort as the tooth begins to erupt from the gums. This may be relieved by applying some pain releiving gel onto the affected part of the gums. You will notice that the baby displays the urge to chew and bite. You may like to offer him a teething ring rusks or a cooling, soothing gel containing a mild pain reliever at this stage.

Monday, February 16, 2009

Nearly a year with Aqil and Aqif - Part 2

My 11 months old Aqil and Aqif

Hearing your baby’s first words and watching their first steps is a very special milestone. As their strength and co-ordination improve, lots of games and encouragement will help them grow in confidence. Two-way communication is important because it teaches them that what they do and say affects others – so join in with their words and play!


First steps and first words.

Your baby will soon say their first real words and take their first unsteady steps - with a little support from you! The transformation from crawling baby to walking, talking toddler is amazing to watch and hear! Our advice is always to have a camera nearby – first steps can happen when you least expect them.

Feeding your baby

As your baby is becoming even more mobile and curious, their nutritional needs are changing as they need the extra goodness to keep them going throughout the day. However, as they have a smaller tummy than you, they need to eat little meals that are full of energy and nutrients, more often.Getting ready for grown up foods is not just about what your baby eats but also about how they eat it. So, although it can be quite messy, continue to encourage your baby stay in their high chair during mealtimes! Drinking from a beaker, getting to grips with finger food, or having a go at spoon feeding are all great ways of developing your baby's independent streak. And, as your baby starts to take pride in what they do, encouraging their efforts during feeding will help build self-confidence.

Standing on their own two feet!

All your baby's crawling efforts over the past few months have strengthened their leg muscles considerably. Now they may be starting to pull themselves up to a standing position with a little support. They may even take their first steps while holding onto your hand, furniture or walls. But don't worry if walking comes later – every baby develops in their own way. Although you can expect quite a few wobbles, it won't stop your little explorer from 'cruising' - tottering around the house, while getting support from whatever or whoever happens to be around.

Greater control and co-ordination

Your baby now has much more control over their hands and fingers. It’s amazing how they can entertain themselves for ages simply by putting objects into containers and then dumping them out again… and again… and again!Your baby is becoming more fascinated by 'cause-and-effect' actions too, like the turning of wheels that make toys move. Their hand-eye co-ordination is also continuing to improve. They may be holding a spoon fairly well and enjoying being able to feed themselves, although this will probably be quite messy for some months to come. So keep the wipes handy!

Saying their first words!

One of the most exciting things you’ll experience around this time is the sound of your baby’s first “real” words! They may not always be what you expect, nor what you’ve ‘trained’ them to deliver… You’ll probably have heard these words already. But now your baby starts to make the connection between the word and the object or person and says them with real meaning. Words you can expect to hear are names like ‘mumma’ and ‘dadda’, ‘ju-ju’ for juice and ‘wu-wu’ for dog!

Learning

Your baby just loves the freedom of being able to get around on their own two feet. But as they still rely on furniture and other objects for support, they can often lack the confidence to take a big step into wide-open spaces.
Once your baby is stable on both feet, encourage them to take small steps by standing a little distance away and holding out your arms so they'll walk towards you. Make sure you praise every effort - especially if they make it into your arms without falling!

Wednesday, February 11, 2009

Nearly a year with Aqil & Aqif -Part 1

Today...12 Feb 2009..Its been 11 months and 5 days Aqil & Aqif been born..From the day Aqil & Aqif delivered until i am creating this post, my life is showered by his love everyday, happiness and joyful. I am the most great mother and always need the best & better stuff or wut so ever to be given to my sons. He both is the "Anugerah & Qurniaan". As for me, I am the lucky mother to have my adorable twins.
Hari pertama Aqil n Aqif dilahirkan dunia..March 7th, 2008 @ Hospital Sg Buloh..My twins delivered on my 33 weeks preggy...where i got high BP on 32 wks..its absolutely caused by my twin pregnancy...not other than that..the risk is there..Aqil was born with 1.22kg and Aqif 1.82 kg...after all, alhamdulillah, semuanye selamat..walaupun pre-matured baby, aqil n aqif are growing up nicely and positively. Aqil n Aqif were warded at NeoNat ICU (NICU). Aqif (17 days warded) n Aqil (30 days warded)...mase kuar NICU tu berat masing2 tak sampai 2kg pun...sbb die dah pandai menyusu sendiri tanpa bantuan salur makanan...kecik2 lagi dah pandai dah anak ibu ni kan...hehe ..mase ni BCG pun tak leh buat lagi sbb tak sampai 2kg...dah sampai mase 40 hari kene g first check up ..mase ni berat masing2 dah bertambah...dah dekat 3kg due2nye, so BCG pun dah leh buat. .alhamdulillah...berat aqil n aqif sentiase bertambah dari satu bulan ke satu bulan...dalam sebullan mesti naik ta kurang dari 1.2 kg..walaupun my twins FM, tapi ibu tetap bagi FM yg terbaik...the day from delivered, ade bagi BM tapi dorg dok NICU camne nak bg BM setiap kali nyusu.,so Hosp. FM untuk Pre-Matured baby.dorg bagi S26 gold...sampai unur 6 bulan pakai susu tu.tu yg tembam2 nak ibu tu.after 6 months i am also serching for the best FM for my twins..for 6-12 months aqil n aqif minum FM Mamex Gold..till now alhamdulillah Aqil n Aqif takde masalah ape2...cume demam sekali and batuk2 kahak sekali, syukur sangat..
Start from 5++ months i have been feeding up my twins with the first food..its not too early kan..aku beli product HEINZ..yang dalam botol kecik2 tu.variety food series...aqil & aqif pun suke...sehari 2 kali, pagi dan petang..mase ni tgh banyak minum susu.makan pun banyak gak.hehe aku bagi makan dengan sudu..tanak bagi dengan botol..sbb tak elok, nanti budak tak puas and takut tersedak. sampai je umur 6 bulan ++ aku dah start bagi bubur..bubur masak sendri...aku campur ayam, karot,kentang,ngan brokoli.. pastu bubur tu aku blend...kadang2 bagi makan nestum..nak ubah selera sket, takut dorg boring mkn tu je..and sampai la skg ni...aqil n aqif dah mkn nasi yg lembut...and ade lauk lain dari makan bubur aritu..kdg 2 bagi ikan bawal putih (chinese mmg suke bagi anak dorg makan waktu budak kecik lagi), sup tauhu, ikan merah, ikan salmon,ubi kentang, kacang gajus, cheese,sayur bayam, and roti..mak aku tak bagi makan ayam dah..sbb mak aku kate ayam tak elok...so ikut aje la..sbb mak aku yang jage die hari2..so mak aku tau la kan...hehhe...tapi no kicap2...telur pun aku dah tak bagi...penah minggu lepas aku buat telur scrabble untuk dorg...pastu aqil punye muke abis merah2...die alahan...aqif takde pulak...so lepas tu no egg for both of them..lagipun aku tanak ajar makan telur aje...nti tanak mkn bende lain...addicted kat telur...learned a lot kinda this situation from my niece / nephew..huh..tak abis2 telur n kicap...so aku berazam tanak bagi aqil n aqif telur n kicap..banned telur n kicap..huhu
But here are some picts..hehe

AQIL & AQIF : 33 D. O. L

IKUT IBU N PAPA BELI STOLLER ..2 MONTHS..KECIKNYE MASE NI


AQIL & AQIF ..3 MONTHS ++
AQIL & AQIF : 5 MONTHS


AQIL & AQIF : 6 MONTHS OF LIFE :: NENEK SUH SAMBUT BDAY..

AQIL & AQIF : 7 MONTHS..

AQIL & AQIF : 8 MONTHS

.....to be continued





















LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin