Click here for Blogger tutorials, premade templates, free blog templates and custom blog designs »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

:: 30 months-young ce-syena ibu ::



Assalamualaikum...


After a long holidays..we have been back today!

This week gonna be a tough week to me.. a few bad news received and i feel sooo down..physically maybe not, but deep inside was so hurt..Ya Allah, Ya Rabbul Izzat..Moga Kau permudahkan segalanya..

 I believed, the only Allah and my family would be my destiny. There is a lot room of happiness. I had them all to go through my journey of life. I didn't like  people who always want to disturb and take granted from me. Hey!! you that i mentioned please go awaaaayyyy from me.. Aku takde sikit pun yang lebih dari kau, aku tak pernah nak kacau hidup kau. why you do like this to me?  Huhhhhh..Ya Allah, Tabahkanlah hati hambamu ini...Nangesss :((

No sad-sad..Dont worry, I have pretty little Qaseh :)) to overcome this hard time!

 Yes, Qaseh la penenang jiwa ibu..she never failed to make me smile,smile and smile :)) with her cheekyness but sometime tantrum-ing and notty girl!




 Update about Qaseh.. She's nearly 30 months young baby...hahaha she is always my baby! Ibu luv Qaseh soooo much...




Tuesday, January 17, 2012

:: Master penyusuan susu ibu :: 18 bulan 15 hari ::



Maseh belom terlambat ... Aku dapat jugak menyusukan Qaseh sehingga ke hari ini..
Pada awalnya, memang rasa tak percaya yang aku bole menyusukan Qaseh dengan air susuku sendiri...
Tak dinafikan, ibu bekerja macam aku ni memang banyak dugaan dan cabarannya..
Nak tak nak aku lalui jugak... Rase nak mengalah memang tak terlintas dek akal aku..
Semoga Qaseh akan terus dapat menikmati susu ibu sehingga 2 tahun..


Galakan dari abi , mama dan kawan2 yang menyokong penyusuan susu ibu ni sangat-sangat aku hargai..
Kalaulah takde orang-orang ni maunye luntur kene clorox la semangat aku...
Banyak jugak petua-petua awet muda aku dapat untuk tambahkan susu ibu, kendalikan EBM
Dari perkongsian ni lah aku kenal Shaklee, kenal alfalfa , kenal longan kering, kenal red dates, memacam maklah lagi la..


Lagipun sekarang ni, penyusuan susu ibu dah mendapat tempat di kalangan ibu-ibu yang bekerja..
Outlet-outlet yang jual barangan penyusuan pun dah melambak-lambak... aku paling suke shofeng online kat sini..hahaha
Baju menyusu, nursing cover semua pun nye santek-santek.... Rambang-mambang mate mak nokss!! hahah
Biasenye aku akan COD je barang-barang yang aku beli..
Dalam mee ade udang.. dalam aku nak amik barang aku dapat jumpe la seller-seller yang santek manis ni..dapat kenal ramai orang..



Bagi aku takde yang susahnye dalam nak menjayakan misi penyusuan susu ibu..
Pada awal-awal memang lah agak kekok, tak biase kan, tapi lame-lame jadik kacang je...sodapp!!
Teringat awal-awal dulu, aku tak pandai nak susukan Qaseh belah kiri, terkial-kial aku..
Skang ni, kiri kanan depan velakang semua pon boleh taw...
Yang penting, kalau aku tak reti aku usaha carik jalan penyelesaiannya..
Skang ni dah canggih manggih, pakcik gugel kan ade... usaha la membaca artikel yang maha-banyak-mega tu..
Kite jugak yang dapat ilmu..Untung untuk anak-anak kite jugak..


Ade lebih kurang 5 bulan lebih lagi nak tamatkan misi ini...
Harap aku dapat bertahan sehingga ke akhirnya..
Walaupun banyak jugak halangannya, aku kene kuat..aku kene usaha lagi..
InsyaAllah takde ape yang mustahil...


Ya Allah permudahkanlah perjuanganku..!
Moga perjuanganku sentiase dalam redhaMu ...ameen ..



Wednesday, November 23, 2011

:: Homemade Formula Milk :: Jom cube ::



Why don’t you try it too?This recipe is suitable for baby 12 months old upwards.


http://blogs.tribune.com.pk/wp-content/uploads/2010/08/7_5milk.jpg

4 oz of fresh milk (cow’s milk)

+

http://thenourishingcook.com/wp-content/uploads/2010/04/almond-butter.jpg

4 raw almond seeds

(almond is rich with manganese, vitamin E, magnesium, tryptophan, copper, riboflavin, and phosphorus plus many other good nutritional elements.Very good for heart and brain development, study has shown that previously in golden era of Islamic empire, the genius Islamic Scholars at that time used to take almonds regularly in their diet.)

+

7 raisin seeds

(also known for its benefit to brain development, rich in antioxidants and contains boron.)

+

http://taylormaderaw.files.wordpress.com/2010/07/mmw_honey_040309_article.jpg

1/4 teaspoon of pure honey

No doubt of this miracle food goodness. An Anti-Bacterial, Anti-Viral, Anti-Fungal Substance. Very good for brain too. Produce natural sweetnes in this mixture, no need to any artificial sweetener nor sugar.

+

Couples of ice cubes or more.Its optional. I use it to prevent overheating effect on the mixture during processing in the food processor, which may destroy some nutrients in the food.

Put into a food processor or blenderand blend until smooth.

Next, you will have to sieve the frothing milk to get only the liquid mixture.

Sieve the milk

Now, the homemade formula milk is ready to serve.

Serve it on your toddler’s preference.My son doesn’t have any problem to drink the milk straight away. Should your toddler prefer it to be warm, simply reheat it just like we do on EBM

Now the delicious formula milk made by mommy is ready to serve. Your kids will love the creamy taste of the milk, and definitely the taste of mother’s love in every drop of the milk :)

This formula milk is also known as milk smoothies, the difference is only that this formula milk is not as thick as the smoothies.

I always prepare fresh formula milk on demand ;) . I never prepare it in abundant quantity and keep in refridgerator.Thus i cannot suggest/advice whether it is safe to do so should other mommies want to prepare it in bulk to save time, especially for working mommies.But i personally think that should we prepare it under a very clean and hygienic way, insyaALLAH the milk can last up to 24 hours in fridge.

http://photos2.demandstudios.com/DM-Resize/photos.demandstudios.com/25/139/fotolia_2319891_XS.jpg?h=10000&w=300&keep_ratio=1

I am sure your kids will love this milk ;)

Am thinking of to try this for Aqil dan Aqif...


Sumber Rujukan : www.cintahati.com








Tuesday, November 15, 2011

:: Qaseh masih minum susu ibu ::






Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

ÙˆَالْÙˆَالِدَاتُ ÙŠُرْضِعْÙ†َ Ø£َÙˆْلادَÙ‡ُÙ†َّ Ø­َÙˆْÙ„َÙŠْÙ†ِ ÙƒَامِÙ„َÙŠْÙ†ِ Ù„ِÙ…َÙ†ْ Ø£َرَادَ Ø£َÙ†ْ ÙŠُتِÙ…َّ الرَّضَاعَØ©َ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Begitu juga dengan polisi penyusuan yang digariskan di hospital-hospital

Susukan bayi anda dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan, kemudian teruskan sehingga mencapai usia dua tahun di samping memberikan makanan pelengkap yang lain..





Sepanjang tempoh menyusukan Qaseh selama 16 bulan lebih ini, memang aku tak nafikan ada pasang surutnya.
Ada cerita duka, ada juga cerita gembira, ada sendu, ada jugak sampai aku menangis..
Begituah jugalah dengan pengeluaran susu.
Ada masa banyak sampai 12-13 oz sekali pam, kalau masa susu merudum, hanya 3 oz sekali pam.
Mana tak aku menangis…
Tetapi jika kita kuat semangat dan tidak mudah mengalah, insyaallah susu untuk anak kite pasti ada..
Amin banyak-banyak..


Masa susu merudum inilah aku mencuba pelbagai jenis pil yang boleh meningkatkan susu ibu.
Pil yang dah aku cuba Shaklee dan Moridone.
Shaklee dan Moridonelah memang paling berkesan. Time kaseh Ida..


Walaupun susu sikit macam mane pun, aku takkan tewas.. Tak sesekali pun aku bagi Qaseh FM..
Bila susu merudum, orang yang selalu jadik tempat mengadu hal sudah semestilah abi dan mama.
Selain daripada rakan seperjuangan Asma, Intan Azmira, d
an juga kawan-kawan di FB.
Dengan sokongan, galakan dan kata-kata semangat serta pelbagai petua yang diberikan, aku dapat balik kekuatan untuk meneruskan penyusuan susu ibu.
Terima kasih kepada semua.
Budi kalian tidak dapat aku balas!





Sekarang my little sweetheart , Qaseh dah 16 bulan...
Dan alhamdulilah, Qaseh masih lagi menikmati susu ibu selama ini tanpa setitik pun FM.
Terima kasih Ya Allah Rabbul Izzati atas rezeki yang Kau berikan untuk anakku, Qaseh.






Walaupun DF dah tak sepenuh dulu, aku tetap mengepam macam biasa.
Walaupun tak semeriah dulu, tapi masih cukup untuk Qaseh minum hari-hari..
Insyallah aku akan meneruskan lagi penyusuan susu ibu sehingga Qaseh berumur 2 tahun.
Semoga Allah mempermudahkan niat murni aku ni..
Amin Ya Rabbal Al-Amin..




Qaseh yang sihat dengan susu ibu..tiada susu yang terbaik melainkan susu ibu..



Adorable Qaseh...without failed, u always make mommy smile and happy.. :))



Qaseh , Qaseh jadik anak yang baik, bijak fandai & solehah ye yayang.. Muachh !!





Thursday, October 20, 2011

(Surat Kepada Editor) Artikel terpesong tentang Human Milk 4 Human Babies - Malaysia

[Surat kepada Editor] Artikel Terpesong tentang Human Milk 4 Human Babies – Malaysia

Kepada pihak editor Berita Harian,

Perkenalkan diri kami, Ayuni Zainuddin, Nadine Ghows, Zaszima Abu-Samah, Ernadia Os’Hara, Chern Pei Wei, Jean Chuah, dan Shahida Ahmad Khan sebagai pengendali-pengendali Human Milk 4 Human Babies – Malaysia.

Kami amat terkilan dan marah akan artikel tulisan Nor Affizar Ibrahim dan Nor Afzan Mohd Yusuf bertajuk “Tawar Susu Ibu di Internet”. Artikel berkenaan yang juga disertai denganteaser gambar bertulis “Percayakah perahan susu badan wanita berlambak di pasaran dan kini dijual di internet? Jawapannya dalam RATU, Berita Harian hari ini!”

Artikel berkenaan secara keseluruhannya menampilkan etika jurnalisme yang sungguh teruk dan tidak professional. Kami telah ditemuduga oleh hampir sepuluh akhbar-akhbar lain sebelum ini dan tidak satu pun yang seteruk ini.

Cik Afzan TIDAK langsung menemuduga walaupun salah seorang daripada kami untuk memahami latar belakang Human Milk Human Babies – Malaysia. Beliau hanya mengirim sebuah email yang tidak professional kepada saya begini hanya DUA hari sebelum artikel berkenaan dikeluarkan:

“Re: inportant

hi ayuni,
afzan from berita harian..can i get ur phone number..mine 019 ****** ..tq..want to ask you about breast milk…”

Sehari sebelum artikel ini dikeluarkan, Cik Afzan meninggalkan satu post di salah satu thread di HM4HB bertanya tentang keselamatan susu badan ibu lain. Perkara ini adalah sangat ASAS dan untuk seorang wartawan yang akan menulis sebuah artikel yang akan dibaca oleh umum untuk TIDAK TAHU tentang hal ini amat meralatkan. Ia seolah-olah Cik Afzan dan Cik Affizar tidak mengambil masa langsung untuk membaca tentang jaringan ini dan segala maklumat tentang jaringan ini telah sedia ada di lama Facebook kami. Buat pengetahuan Cik Afzan, EBM adalah Expressed Breast Milk dan BUKAN Extra Breast Milk.

Ini sahaja menunjukkan betapa Cik Afzan dan Cik Affizar tidak membuat kajian menyeluruh tentang HM4HB sebelum menulis tentang jaringan ini.

HM4HB adalah jaringan mencari ibu susuan yang dimulakan di Kanada oleh Emma Kwasnica dan kini bercabang di lebih 50 lebih negara termasuk Malaysia, Indonesia, Azerbaijan, United Arab Emirates, Singapura, Kuwait dan lain-lain. KAMI BUKAN SEBUAH ORGANISASI jadi kami tidak menyimpan data-data keluarga-keluarga yang terlibat. Kami percaya akan Pilihan Bermaklumat/Informed Choice.

Kami juga tidak MENJUAL BELI susu badan kerana jika terjadinya sedemikian, ketulenan susu itu tidak dapat dipastikan. Bila susu itu diderma secara percuma, kita tahu yang seseorang ibu itu benar-benar ikhlas. Walaubagaimanapun, adalah digalakkan untuk sebuah keluarga untuk memberi upah yang sewajarnya kepada seorang ibu susuan seperti yang disebut dalam Surah At-Thalaq Ayat 6.

Di setiap negara, HM4HB dikendalikan oleh aktivis-aktivis susu ibu yang berasal dari negara itu sendiri. Memandangkan fatwa di negara-negara Islam berkenaan mungkin adalah berlainan, kami pengendali di Malaysia bersikap proaktif dan berhubung terus dengan JAKIM untuk membincangkan isu ini. Alhamdulillah pihak JAKIM memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Sehingga saat ini, 13 bulan selepas HM4HB – Malaysia ditubuhkan, lebih 50 bayi-bayi dapat menikmati susu ibu dan ramai ibu-ibu yang tidak perlu bersedih kerana terpaksa membuang susu perahan badan apabila peti ais sudah tidak muat lagi.

Soalan-Soalan Lazim ini merupakan usaha kami untuk memberikan panduan yang sebaik mungkin untuk ibu bapa Muslim yang mahu mencari anak dan ibu susuan untuk belajar tentang Hukum Penyusuan dan berkongsi tanpa rasa gelisah. Kami hanya mampu menyediakan panduan ini sebaik mungkin. Samada mereka melaksanakannya mengikut hukum syariat adalah tanggungjawab setiap individu dan keluarga itu sendiri. Mengharapkan kerajaan untuk memantau dan mengambil alih hal ini umpama mengatakan yang keluarga-keluarga ini bodoh dan tidak mampu membuat keputusan sendiri. Menjaga susurgalur mahram bukanlah sesuatu yang sukar. Kita tidak harus bersikap pesimistik.

Kami berusaha keras untuk memartabatkan susu ibu dan mengembalikan budaya ibu dan anak susuan seperti yang diamalkan pada zaman Rasulullah saw. Bukankah ini lebih menepat tabii? Susu manusia untuk bayi manusia dan bukan susu lembu untuk anak manusia? Artikel yang teruk ini telah memperlekehkan usaha kami untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak kami!

Kami mahu pihak Berita Harian untuk menulis semula artikel ini dan membetulkan ‘fakta-fakta’ yang salah selain daripada meminta maaf daripada golongan ibu-ibu dan keluarga-keluarga yang terguris.

Yang benar,
Ayuni Zainuddin
Nadine Ghows
Ernadia Os’Hara Omar
Zaszima Abu-Samah
Chern Pei Wei
Jeanne Chuah
Shahida Ahmad Khan

di petik dari pada FB Ayuni Zainuddin : https://www.facebook.com/notes/ayuni-zainuddin/artikel-terpesong-tentang-human-milk-4-human-babies-malaysia-surat-kepada-editor/10150352235863153

————————————————————————————————————————-

Segala gambar di bawah ini dari pada blog: http://pageibushifaa.blogspot.com

Dibawah ini adalah artikel yg dikeluarkan oleh berita harian. saya capt pics dari hp sebab cari artikel kt Berita Harian tidak menyeluruh. Pertama kali saya artikel ini..hati saya terdetik, salah fahaman wartawan yg tulis tentang perkara HMHB

note : amaran kepada semua journalis..jika tidak tahu fungsi sebenar perkara tersebut, jangan tergopoh2 membuat artikel seperti ini hanya kerana mengejarkan ‘due date’ assignment anda.. ianya seperti memburukan keadaan lagi pandangan masyarakat kepada Ibu-Ibu yang menyusukan anak secara exclusive susu ibu. Saya mohon agar afzan segera membuat permohonan maaf secara terbuka seperti mana anda menyiarkan artikel tersebut di akhbar dengan fakta2 yg sebenar.

sangat terkilan dgn artikel yg memburukan tanggapan org sekeliling tentang perkara ini.



Thursday, October 13, 2011

:: bertambah jugak ::




dokek seminggu berhompeh puleh !! apsal cakap nismilan lak neh.. hahaha
dapat jugak ai tambah belen-belen ebm dalam difo kesayangan tu
naik jugak sertingat lagi botol-botol syomel tu



kan mak ai komplen susu ebm tu cair
tapi sejak bersemangat gaban mengepam ni, susu dah pekat likat ko
kalo tengok botol tu, yang pekat lagi banyak dekat empat setengah aunz...suke ai taw..
hormon-hormon oksitoksin tu dah mai
alhamdulillah syukur sangat



sejujornye ai memang dah tak bole nak mengepam pagi-pagi suboh shepie tu lagi
skang ni last mengepam seblom tido je la..
dulu ai kunci jam kul 5 pagi...kalau jam memekak-mekak tu, mesti ai bangun mengepam..
skang ni, memang malas tak hengat punye!
jam tetap kunci gak...bangonnye tak pon... nyampah...
bile jam bunyik, buat-buat tak dengar...siap gi offkan lagi henset tu...:P
sedar-sedar dah kul 6.30..meloncat la kan...memang tak sempatnye nak pam bagai...
bile la nak rajen cam dulu balek...
semangat rajen silalah datang lagi !!!!!



pagi-pagi dah minum susu ... sedap taw..
kalo makan lunch pulak, ai carik la sayo-sayo ijau..amek lebih sket...ngamkan dengan sambal belacan
petang pekena, keledek goreng...hahah milk buster gak tu...
air pun minum bergelen-gelen..sek sek gi pentri amik air...
mesti owang cakap takdo kojo ko minah neh...
lantak la owang nak cakap ape, ai gi amik air kosong aje, bukan gi perabes mendealah 3 in 1..
ai tak sentuh taw mendealah tu... currlass ko!!



rekod terbaru ai, pagi tadi pam awal sket kul 9.30 pagi..
dapat 7 oz jugak...jadilah kan..nampak jugak naiknye tu..
sebelum ni paling penuh 5 oz aje...
kul 1 nanti mase untuk pam lagi...
mintak-mintak hasilnye same la kan..takpun sebotol penuh pun jadilah...
asalkan ai dapat bawak balik, dapat tambah ebm kat difo tu..
petang dan malam nanti punye hasil, buat fresh ebm untuk esok je...



Ya matin ...Ya matin ...Ya matin ......tujoh puloh kali...
insyaAllah....







Friday, October 7, 2011

:: Doa Banyakkan Susu ::




bismillahirrahmanirrahim.....






Ya Allah..hanya padaMu ku mohon pertolongan...
lipat gandakanlah curahan susuku
setiap titis susu yang mengalir adalah rezeki yang sangat bernilai dariMu Ya Allah..
HambaMu ini sujud padaMu Ya Allah...
engkaulah Yang Maha Pemurah dan Maha mengasihani HambaMu..
Amin..Ya Rabb Al Amin...



:: dah guna EBM bulan 8....takot!! ::







bukak difo skang ni, isinya dah tinggal separuh aje..
ebm dalam difo ai dah semakin berkurangan..
perasaan tu sangat tak tenteram hokey
difo yang dulunye selalu aje penuh dengan ebm
skang dah kurang isi dalamnye
ai takot neh!!!


skang baru awal bulan 10...
ai dah guna ebm bulan 8 tau...mane tak sedih..
ebm bulan 8 baru je ai gune semalam ...
kalo bulan 8 punye ebm, maknenye bulan pose punye la...
mak ai ade komplen yang ebm bulan 8 tu cair sangat...takut aje kalo qaseh refuse nanti..
yela mesti cair , bulan pose punye hasil..
kalo nak dibandingkan dengan bulan2 tak pose...
lagipun pose aritu sebijik saplimen pun tak masuk tekak ni...haishhh




rindunye la ai kat difo yang penuh macam ni
ari-ari sampai umah gi jenguk difo ai ni
ciom-ciom hawa sejuk tu...terapi untuk ai taw !!
ai selalu cakap kat difo ni moga tambah-tambah banyak la isi u ye..
abi ai layankan aje isteri die sengal cakap sorang-sorang dengan difo hahahah



tak cukup kat difo kat fridge pun dah melimpah ruah camni
inilah zaman kegemilangan ai..difo penuh, fridge penuh..
skang fridge ni sebotol ebm pun dah takde..
cume tinggal kat difo aje...bulan 8,9 10 punye ebm...


bile ai tersedar ebm dah makin berkurang, ai tanye balik diri ai..knape ye??
sememangye ai dah bole jawab sendiri..
ai memang pasti sebabnye..nak tau ape??

:
:
:
:

ai bukan me'randung' (preggy) ye...hahaha
sebab bermula dari pose lagi..
awal pose tu pam macam biase, kat umah , kat opis pam jugak..
minum air pun banyak mase sahur..
bile pam dapat hasil cam biase jugak..10 oz tak kurang....
bile dah tengah-tengah pose tu...bile pam dah semakin kurang yang ai dapat..
paling banyak 6 oz..maknenye dah kurang separuh dari hasil biase..
susu pun cair aje tak macam biase..
DAN...
satu silap besar ai..ai dah tak mengepam kat opis..
opis baru ni susah nak buat port mengepam..
ai kene mengepam dalam bilik..ai kongsi bilik dengan bos ai...
freestyle kan bunyikye boleh tahan bising...
ai rase tak selesa nak mengepam bile bos ai ade..
terus tak mengepam kat opis..
ai cume pam lepas sahur aje..sekali aje sehari...
mase tu ai fikir ebm banyak lagi kat difo tu, penuh lagi sampai tak muat-muat
ebm banyak tu bole la backup sampai raye ...
hambik engko!! raye cuti panjang pulak tu...lagi la tak mengepam...
kasik direct all out kat Qaseh..
balik cuti raye, ai pulak sebok dengan SIRIM audit..
ai pam jugak kat dalam bilik..sebab bos ai skang ni dah jarang masuk ofis..
bersungguh-sungguh ai mengepam..
rase bersalah tak bawak susu untuk qaseh bile balik dari ofis...


lepas raye ni la ai stat buat air longan rebus
pepagi buta lepas pam, air rebus longan..
ai stat buat sup lobak putih, sawi, bendi..
semuala yang dulu jadi milk booster ai..
ai nak ambil Shaklee BF set jugak...
susu Anmum Lacta pun dah lame tak berusik...
ai nak buat power pumping, tendem pumping...
moga ai kuat lakukan semuanye demi Qaseh !!!!

CIK NITA MULAKAN SEKARANG!!!!!


"Ya Allah berikan aku peluang lagi, berikan aku kekuatan , Kau kurniakan rezeki susuku untuk anakku Qaseh Hannah Qhadeeja"
"Ya Allah, kau cukupkan limpahan susuku buat anakku, Qaseh"
"Ya Allah, permudahkanlah perjalanan penyusuan hambaMu ini"





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin