Click here for Blogger tutorials, premade templates, free blog templates and custom blog designs »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

: Solat Dhuha, Doa dan Cara Melaksanakannya ::





Solat Dhuha, Doa dan Cara Melaksanakannya



Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha. 

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.


Ruang Waktu dan Waktu Afdal 

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
 
Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:




Kemudian, setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa ini:
Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”
Nota
  
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.
Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.


Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) 
Kredit:
1.  http://www.alhikmahsj.com
2.  http://nursyirah.wordpress.com





Friday, March 22, 2013

:: Aqil & Aqif turns 5 ::










Bismillahirrahmanirrahim.....


Senyap-senyap anak kembar saye dah genap umurnye 5 tahun.. Lahir 7.3.2008.
Tahun ni saye tak dapat meraikan birthday abang dan adeq... Saye di Senai, Johor mase tu sebab ade new setup plant di sane dan ade audit yang perlu saye lakukan. Abang ngan adeq makan kek dengan papa & Qaseh aje kat SR on that day. Papa wassaped ibu, katenye abang ngan adeq dah tak sabo-sabo nak makan kek, sampai nangis-nangis.

Saye pun dah balik dari Senai, on weekend celebrate la jugak birthday abang & adik.. tiup lilin jugak kan.. walaupun tak jemput sape-sape, yang penting abang ngan adeq happy dapat diraikan..
 

Butter kek ni my sis sponsered. Sedap.. Tradisional butter cake dari kitorang punye personal baker...ececeh mengade betol siap ade personal baker..hahaha ..takde tema ape-ape pun. angry bird tu just decoration untuk birthday boys aje.. less is more.. just nice and simple butter cake..



Aqil Miqhael, Qaseh Hannah Qhadeeja, Aqif Miqhael ... tiup lilin same-same..lilin ni ade sparks dan takkan mati hingga habis..so seronok la aqel aqef qaseh..


Kebetulan Ikea buat promotion Swedish Meatball yang betul-betul murah. Sebiji 20 sen aje.. so kitorang beli 80 biji.. memang senak perut la nak menghabiskan meatball sedap giler ni. Jadiknye hidangan makanan untuk birthday boy adalah IKEA meatball.. very the swedish kan..:)



Birthday present untuk abang ngan adik dari Nana (my sis).. papa kate dah macam khemah kat sarkes..seriyes.. bebudak ni memang suka la dapat khemah ni. Khemah ni pon dari Ikea jugak. Bolela abang adeq dan Qaseh bertapa dalam tu..hahaha siap ade langsir lagi hokkey!



Ibu dan papa sayang abang ngan adeq..tahun ni dah masuk kindy kat Taska At-Taqwa.. Alhamdulillah semakin hari semakin cerdik & bijak.. mengaji Iqra dan hafazan pun dah pandai.. Ibu dan papa dikurniakan anak-anak yang baik, cerdik dan bijak.. Qaseh pun dah exposed dengan ape yang abang ngan adeq bawak balik dari kindy. seronok tau, bile Qaseh pun dah bole bace doa-doa yang abang ngan adeq bace.. sesungguhnye anak-anak ini, anak-anak syurga kami..Ibu dan papa doakan abang dan adeq membesar dengan kasih sayang dari ibu papa atok nenek jaja nana dan semua orang, jadi anak yang soleh , yang menghormati orang tua, yang bile besar nanti jadi kebanggaan ibu dan papa dengan menjadi manusia yang ade ilmu, iman dan taqwa.. ameeeeen...



Wednesday, January 11, 2012

:: Permudahkan Segalanya ::

Dua malam lepas, abi dapat panggilan telefon dari kampung...mase tu pukul 1 pagi kalo tak silap aku..
Abi cakap, ayah abi telefon .. Dalam hati aku tak penah umor bapak mertua aku ni call waktu cenggitu..
Mase abi dok cakap-cakap aku pasang telinga mendengar...
Dari ape yang aku dengar macam ade orang yang jatuh sakit ..macam tu la..tapi aku t
ak amik port sangat lagi..
Entah sape yang sakit pun aku tak berpe dengar sangat...Dalam hati, biarlah dulu nanti aku tanye la abi lepas die letak call.
Lepas letak call, abi kate mek (MIL) muntah-muntah, cirit birit, darah dah tinggi sangat...khabarnye dari petang lagi dah camtu.. semuanye berlaku secare tibe-tibe.. bile ditanye takde respon langsung, senyap aje..m
ata sentiase je tutop...taknak bukak mata pun..



Pagi semalam, abi call ayahnye, tanye lagi perkembangan mek die.. tapi maseh macam tu jugak.. BP semakin naik bile biras aku cek..birasku, dokter kat hospital kota bharu..



Petang semalam, sampai je aku kat umah, abi call. abi kate abi kene balik kampong jugak malam ni. mek dah masuk ICU. dah buat details scanning, ade darah dalam kepala... keadaan sangat tak stabil..



Malam tadi, pukul 10.30 malam, abi bertolak ke Kota Bharu dengan abang abi & anak buahnye.. aku tak ikot balik..
Meraung-raung selok la aqil dengan aqif papa dorang takde.. sampaikan termuntah-muntah punye la menanges...
Pujuk-pujuk pon dah tak jalan. Die bantai menangis nak soh papa balik, "kenapa papa tak balik lagi","kenape tak bawak abang/adik", "kenape tok mek sakit papa nak tengok jauh-jauh" "..macam-macam lagi la die susun ayat kasihan menageh simpati aku , mak aku dengan abah aku... nak tergelak pon ade.. Qaseh aje yang relek..hahha :)



Abi dah sampai pun Kota Bharu kul 5 pagi tadi. Sempat die tengok mek kat HUSM subuh-subuh tadi..
Keadaan mek macam tu jugak.. takde perubahan..
Abi kate, dokter akan buat operation untuk keluarkan darah tu..
Entahlah, biasenye peluang sangat tipis.. buang jauh-jauh tanggapan itu..






Doaku agar dipermudahkan atas segala ketentuanNya..
Moga mek terus KUAT, cepat sembuh.. amin..



Thursday, January 5, 2012

:: Doa Untuk Menangani Anak-Anak Yang Nakal : InsyaAllah ::

As-Salam semua ..



Melayan the tige kenits memang kadang-kadang rasa nak lari umah...
Yang paling same dengan suare tazen amazon ..ade ke tazen kat amazon? mak dorang lah..
Mulut aku memang bising ... :)) hati manyak baik lapan juta kali wo!


Anak-anak sorga baru 3 orang, aku dah jadik tazen !
Aku tanye korang la ye, takkan kalau die tengah membuli qaseh memberi serangan bertubi-tubi, aku nak diamkan aje ke?
Kalau tak jadik suare tazen pun, suare aku memang la sampai makcik aku sebelah rumah tu bole dengar..
Makcik aku tu pun dan dan tu jugak sempat sound aku "kenape tu nita ????" dengan nada jerit-jerit supaye aku dengar.. haha

Jadi tazen mase tu je, lepas tu bile tengok muka anak, tak sanggup nak marah-marah...Cair jadiknye....


Kecik-kecik ni walaupon anak-anak sorga ni gadoh, dorang takkan simpan dalam hati..
Kejap gadoh, kejap baik main semula same-same..pastu tak sampai seminit gadoh balik..camtu la..
Dorang ni takde berdendam hati kan... takde nak simpan-simpan dalam hati..
Hati budak-budak kan bersih suci aje..



Kite kawan sampai syurga kan ...


1. Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hemb
uskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.


3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak


4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati


5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembus pada susu


6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.


7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar


8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"


9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.


10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.


11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan
1. Supaya anak-anak pandai belajar :: baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2. Sewaktu anak-anak bergaduh :: baca surah Al-Baqarah ayat 102


3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran :: baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24


4. Anak-anak malas ke sekolah:: baca surah Taha ayat 1 hingga 5.


5. Anak-anak yang suka keluar malam:: baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.









Friday, October 7, 2011

:: Doa Banyakkan Susu ::




bismillahirrahmanirrahim.....






Ya Allah..hanya padaMu ku mohon pertolongan...
lipat gandakanlah curahan susuku
setiap titis susu yang mengalir adalah rezeki yang sangat bernilai dariMu Ya Allah..
HambaMu ini sujud padaMu Ya Allah...
engkaulah Yang Maha Pemurah dan Maha mengasihani HambaMu..
Amin..Ya Rabb Al Amin...



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin