Click here for Blogger tutorials, premade templates, free blog templates and custom blog designs »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Friday, February 11, 2011

:: Stok EBM & 7 bulan Qaseh::




Teringin plak rasenya daku nak tepek stok EBM sejak 7 bulan fully BF qaseh
selalu update kat FB aje
kali ni tempek kat sini pulak
stok EBM ni aku kumpul seawal sebulan sebelum kembali bekerja
sebagai persediaan banyak jugak yang gadjet penyusuan yang kene ada
pertamanya aku perlu ada pam untuk mengepam susu
sebelum ni aku dah ada pam
tapi pam yang manual ni tak banyak membantu untuk dapatkan stok yang banyak
jadinya aku beli pam elektrik, Spectra 3
pam elektrik ni sangat berjasa aku untuk mengumpul stok sebanyak mungkin
milk storage pun kene sediakan
aku sediakan yang botol dan juga liner
cooler bag, ice pack, backpack,nursing cover
sume perlu ada...
bile dah ada semua2 itew
semangat pun bertambah-tambah
jadual mengepam aku dalam 3-4 jam sekali
kadang-kadang sambil menyusukan qaseh, aku pam jugak
aku buat tendem nursing
hasilnya sgt meriah dan berbaloi :D
awal2 dulu, sekali pam aku cume dapat dlam 3-4 oz aje
itu pun aku dah sgt suka..
stok pun tak bape banyak lagi
bile qaseh dah beralih bulan
demand untuk menyusu pun makin tinggi
so bile ade demand yang tinggi dari qaseh
susu yang disupply bile aku mengepam dan menyusukan qaseh pun makin byk
sekarang sekali pam aku bole dapat 10 oz...
bagi aku kekerapan mengepam dan direct feeding yang sgt penting
dari situ lah susu akan byk terhasil
sbb bile demand tinggi, supply jugak tinggi kan..
hasilnya sekarang stok yang aku ada dekat 1500-1700 oz
aku pun tak sangka bole ade stok sebanyak itew
semuanya hasil kerja keras aku jugak
ke hulu ke hilir dok hangkut pam
hari-hari plak tu...


ini stok bulan dec 2010..yang masih blom terpakai


sikit-sikit lame-lame jadik bukit
stok ni sebelum dipindahkan ke dalam deep freezer..
stok EBM yang bulan 1 dan 2 semua di rumah nenek qaseh..
hasil susuan daku selama 7 bulan 10 hari..
alhamdulillah, hasil susu ibu, qaseh tak penah sakit & demam..
qaseh anak yang sihat dan kuat...


:: toys yang paling qaseh suke...masuk molot syommel aje ::


:: chinta qaseh suci ibu::



:: seronok tgk qaseh membesar dengan hasil susu daku ::


ooopzzz syeksinye...
ni yang paling tak bole tahan...
peha itew bam bam kalah ayam kepci..
hari2 kene geget peha gebuz itew...





Wednesday, February 9, 2011

:: Penyimpanan & Pengendalian EBM ::


Salam sayang semua


Daku ingin berkongsi sedikit info yg diambil dari group FB Kump Ibu2 Menyusukan ;)




EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu


Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.




ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH


* EBM = Expressed Breast Milk

* Fresh EBM = Susu yg baru diperah

* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey

* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku



BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI


* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A Free)

* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)

* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.


Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.


Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)

* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)

* Kuantiti susu yang diperah

* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)


Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.



TEMPAT PENYIMPANAN


SUHU BILIK?


* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam

* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.





FRIDGE/FREEZER?


Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu

Peti Sejuk (2 pintu)

- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan

- pintu bawah (0- 4 °C)

(sebelum dibekukan) - 3-7 hari

(selepas dibekukan) - 24 jam

Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan

Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.



BEKAS PENYEJUK?


cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam


PERINGATAN:

* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula

* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula



TIP DAN CARA PENYIMPANAN


Di Pejabat


* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)

* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais


Di Rumah


Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.

* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.


Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.



JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!


* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.

* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.




Sepanjang 7 bulan lebih menyusu badan secara ekslusif,
tips-tips macam di atas lah yang daku ikut..
pada awal nya mmg agak rumit dan byk peraturan
dah 7 bulan ni, semua tu jadi biasa
alah bisa, tegal biasa kan..

hari-hari dok usung pam,
perah 3x kat ofis,
kendalikan susu yang dah diperah
aku simpan kat ofisnye esbok..
nak balik angkut pulak lagi sume-sume itew...

alhamdulillah, kelig2 ofis ni sume supportive
lagilah bertambah semangat...
setakat ni takde yang respond negative..
kalo ade pun aku buat dek aje...
ade ku kesah..susu tu utk anak aku...
aku tau yang terbaek utk anak aku kan...
aku mampu buktikan dengan izinNya..
daku boleh menyusukan Qaseh sehingga 2 tahun dan lebih..amin


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin